Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun PC ini di dalam simpanan Unit IT (hard disk rosak) . Hari ini telah beroperasi tetapi bukan dibaiki oleh Unit IT tetapi En. Suami dalam masa sehari. Semoga PC ini panjang umurnya untuk berkhidmat. Paling kurang sampai akak tukar PTJ, atau paling lama sampai akak pencen la. Memandangkan pihak fakulti macam tiada perancangan penukaran/ tambah baik kemudahan komputer staf. Sampai la PC staf rosak, belum tentu dapat ganti lagi. Semoga selepas ini pihak fakulti lebih peka terhadap keperluan PC staf ni.