Audit aset alih ini merupakan aktiviti tahunan yang kami laksanakan. Cuma kelainan yang dilaksanakan pada tahun ini, semakan dokumen dibuat lebih awal dan berasingan dari audit fizikal. Kesannya tempoh audit jadi lebih panjang. Memandangkan tarikh akhir penghantaran adalah 30 November 2020, kami memang mempunyai masa yang panjang lagi. Tambahan pula ada staf yang bercuti panjang sempena kelahiran bayi sulung. Tarikh pelaksanaan audit fizikal adalah pada 18 Ogos, 24 Ogos, 25 ogos, 26 Ogos dan 8 September 2020.
Recent Comments