Alhamdulillah, Allah beri rezeki dapat laptop baru melalui Program Bantuan Bring Your Own Device (BYOD). Misi mencari laptop dimulakan secara atas talian sahaja memandangkan kelulusan diterima dalam tempoh PKP2.0. Pada awalnya saya telah menempah di laman sesawang Dell. Namun begitu, setelah menunggu lebih dari sebulan saya terpaksa mencari alternatif lain kerana Dell gagal memenuhi tempahan dan masa saya semakin suntuk untuk membuat penyelarasan pendahuluan. Akhirnya saya membeli secara atas talian juga di website Acer. Alhamdulillah dua hari sahaja tempahan diterima.
Recent Comments