Pelancaran Buku Cakna Kontrak dan Tort

Buku bertajuk “Cakna Kontrak dan Tort” telah diterbitkan sebagai sebuah karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia yang bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada masyarakat dan para pelajar. Keistimewaan buku ini terletak pada pendekatannya yang menyampaikan kandungan dalam bentuk visual, menjadikannya lebih mudah difahami berbanding penulisan undang-undang yang lazimnya padat dan kompleks.

Melalui penyampaian secara visual, buku ini diharapkan dapat mendekatkan ilmu undang-undang kepada golongan pelajar dan orang awam dengan cara yang lebih ringkas, menarik, dan mesra pembaca. Penerbitan dalam Bahasa Malaysia juga turut memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai medium penyebaran ilmu, sekali gus memudahkan pemahaman dalam kalangan pembaca tempatan.

Sempena penerbitan buku ini, satu majlis perasmian telah diadakan semasa Program Semarak Komuniti MADANI: Celik Hak, Lindungi Diri bagi merasmikan secara rasmi lancaran karya tersebut. Majlis perasmian ini menjadi acara penting untuk memperkenalkan buku kepada khalayak yang lebih luas. Pengarah JPNIN Negeri Johor, Hjh. Nurul Akmalina Hj. Shamsuddin menyempurnakan majlis perasmian program dan pelancaran Buku Cakna Kontrak dan Tort.

UTM Open Day