Majlis Citra Karisma UTM 2023

Pada 16 Ogos 2023 baru baru ini telah berlangsung Majlis Citra Karisma. Majlis Citra Karisma adalah satu majlis yang diadakan bagi menghargai staf UTM yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Majlis telah diadakan di Dewan Sultan Ibrahim bermula jam seawal 7.30 pagi.

Menurut definisi Jabatan Pendaftar UTM, Citra Karisma bermaksud, CITRA adalah anugerah, hasil atau kebolehan manakala KARISMA bermaksud kualiti, daya kepimpinan atau daya penarik.

Anugerah Citra Karisma 2023

Pada tahun ini 25 anugerah telah diberikan kepada staf yang layak menerima anugerah hasil dari pencapaian tahun 2022. Antara anugerah yang diberikan ialah:-

1. Anugerah Khas Anumerta
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
3. Anugerah Sukan
4. Anugerah Seni & Kreativiti
5. Anugerah Khidmat Masyarakat
6. Anugerah Keterlibatan Industri
7. Anugerah Penasihat Akademik
8. Anugerah Pengajaran
9. Anugerah Perundingan
10. Anugerah Perekacipta
11. Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk
12. Anugerah Penyelidikan
13. Anugerah Penerbitan
14. Anugerah Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
15. Anugerah Kelestarian
16. Anugerah Teknologi Maklumat
17. Anugerah Penjenamaan
18. Anugerah Kualiti
19. Anugerah ISES
20. Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM – Baharu
21. Anugerah Tokoh Penyelidik
22. Anugerah Tokoh Penerbitan
23. Anugerah Tokoh Akademik
24. Anugerah Inovasi Perkhidmatan
25. Anugerah Inovasi Naib Canselor

 Senarai Pemenang Anugerah Majlis Citra Karisma 2023

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC)

Alhamdulillah tahun ini saya dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan(FSSH) telah layak menerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang buat kali pertama. Ada lebih 20 penerima daripada fakulti FSSH pada tahun ini.

Anugerah kali ini telah disampaikan oleh Pro Canselor UTM iaitu Tan Sri Dr. Salleh Bin Mohd. Nor. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan fakulti FSSH yang memberi peluang kepada saya menjadi salah seorang penerima APC pada tahun ini.

“Andai diberi pilihan jadilah orang Yang paling ikhlas bukan orang Yang paling baik, sebab orang Yang Di lihat baik belum tentu lagi ikhlas.”

Terima Kasih.