Livenews@Humanities

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM telah menerbitkan sebuah rancangan atau program berita yang diberi nama Livenews@Humanities. Program ini merupakan sebuah program berteraskan berita terutama berita berkaitan dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Program berita ini akan ditayangkan secara LIVE RECORDING pada seiap hari ahad jam 12.00 tengahari di platform rasmi Facebook Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Livenews akan memaparkan berita sorotan seminggu dimana semua aktiviti yang dilakukan selama seminggu akan dikongsikan didalam berita yang akan dibaca oleh 2 orang newscaster.

 

Kandungan livenews

Setiap minggu pelbagai kandungan yang akan dibacakan oleh newscaster. Antara kandungan berita yang dipaparkan setiap minggu adalah:-

1. Aktiviti yang dilakukan setiap sekolah dibawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

2. Program tilawah al-quran dimana setiap hari akan pelbagai surah yang akan dibaca.

3. Program ceramah agama mingguan. Sesi ceramah akan dilaksanakan secara hybrid atau online menggunakan platform webex.

4. Pelbagai isu semasa seperti kenaikan pangkat staf,kejayaan staf dan pelajar fakulti dan bermacam-macam aktiviti yang berkaitan dengan fakulti.

Newscaster

Jika kandungan berita sudah ada tidaklengkap jika tidak ada newscaster(pembaca berita). Pihak fakulti telah melantik beberapa staf yang berminat menjadi newscaster. Setiap minggu 2 orang newscaster akan membaca berita.

Newscaster yang dilantik akan membaca mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti yang diketuai oleh Cik Jais Jamil.