Apakah ECS?

ECS adalah singkatan dalam bahasa inggeris iaitu English Communication Skills for Graduating Students atau bahasa melayunya Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris untuk Pelajar yang akan Bergraduat. Sebelum ini ia dikenali sebagai TECS.

Ia bertujuan untuk menyediakan pelajar yang akan bergraduat dengan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris untuk digunakan di tempat kerja. Peningkatan kemahiran dilakukan melalui pembelajaran secara mandiri, manakala penilaian dilakukan secara dalam talian.

ECS direka bentuk dengan kerjasama kakitangan sumber manusia yang berpengalaman dari industri untuk merekrut kakitangan dalam syarikat mereka. ECS menilai kemahiran berinteraksi lisan dan kemahiran menulis yang dilaporkan dalam skala enam peringkat (Level 1: Extremely Limited to Level 6: Highly Effective), dengan Tahap 3: functional sebagai sasaran minimum.

Wajib lulus ECS

Semua pelajar UTM wajib mengambil ECS sebelum bergraduat dan pelajar yang terlibat adalah dikalangan pelajar tahun akhir sahaja. ECS dijalankan pada dua sesi iaitu sesi Writing(penulisan) dan sesi Oral(Lisan). Sebelum menduduki peperiksaan writing(penulisan) semua pelajar yang wajib melengkapkan Pre-requisite Activities dimana pelajar perlu melengkapkan 8 kuiz dan sekurang-kurangnya 2 forum. Setiap kuiz ada 10 soalan danWAJIB mendapat skor 80% dan bagi forum WAJIB sekurangnya 50 patah perkataan.

Semua aktiviti Pre-requisite Activities dilakukan atas talian melalui platform MyLinE. Pejabat MyLinE telah ditugaskan mengendalikan sepenuhnya aktiviti ECS. 

Gambarajah disebelah kiri menunjukkan workflow(aliran kerja) bagaimana ECS dilakukan bermula dari pendaftaran sehinggalah seorang pelajar itu lulus.