Apakah Anugerah Teknologi Maklumat?

Anugerah Teknologi Maklumat (ATM) adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada Fakulti, Bahagian, dan Unit yang telah berusaha secara berterusan untuk memperkasakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara meluas dan inovatif. Anugerah ini juga bertujuan meningkatkan imej dan daya saing antara Fakulti/Jabatan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti menggunakan ICT serta membuat transformasi secara inovatif dan kreatif. Ia dianjurkan oleh UTM  Digital.

 ATM 2024?

Pertandingan ATM 2024 kali ini disertai hampir 20 fakulti dan jabatan di UTM dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSH) telah mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan ATM 2024.  Satu pasukan pembentang telah ditubuhkan untuk untuk menyertai pertandingan ini dimana pasukan pembentang terdiri dari Unit Teknologi Maklumat(IT) FSSH yang diketuai oleh Abd Rahim Ahmad sebagai pembentang utama dan sahabat unit IT yang lain Prof. Madya Dr. Megat Aman Zahiri, Puan Nurul Izyan,Encik Mohd Fakhrulradzi,Encik Mohammad Hafiz dan Encik Zulkifli Ahmad.

Komponen utama pembentangan ATM 2024

Terdapat 4 komponen utama dalam pembentangan ATM 2024.  Semua komponen pembentangan adalah dari garis panduan yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan iaitu UTM Digital .

Setiap pembentang diberi masa 20 minit untuk membentangkan kesemua komponen dan 10 minit untuk sesi soal jawab bersama dengan ahli panel. Antara komponen utama yang perlu dibentangkan adalah berkaitan perkhidmatan ICT, Governan,Pembudayaan ICT dan kualiti/pengiktirafan.

Pembentangan dan sesi soal jawab berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni dan saling menghormati. Terima kasih diucapkan kepada UTM Digital kerana memberi peluang kepada kami untuk terlibat secara langsung dengan pertandingan ATM 2024.