Apakah eKYC?

e-KYC ialah singkatan kepada Electronic Know Your Customer, iaitu proses pengesahan identiti pelanggan atau bakal pelanggan secara elektronik. Proses ini direka bentuk untuk memastikan identiti seseorang yang menjalankan transaksi kewangan digital adalah benar-benar tulen dan sah.

eKYC mula diperkenalkan di Malaysia pada 2020. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan dokumen dasar yang mengawal pelaksanaan eKYC oleh institusi kewangan berlesen pada 30 Jun 2020.

Sebelum itu, pada Ogos 2019, BNM telah mengeluarkan draf panduan eKYC yang meluaskan untuk pengendali pertukaran wang di Malaysia. Ini menandakan langkah pertama dalam pelaksanaan eKYC di negara ini, yang kemudiannya berkembang menjadi sebahagian yang penting dalam revolusi perbankan digital di Malaysia.

Revolusi penggunaan eKYC di Malaysia

Di Malaysia penggunaan eKYC oleh agensi kerajaan,kementeriaan dan syarikat swasta mula aktif digunakan terutama dalam sistem kewangan dan pengesahan data. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara agensi kerajaan yang menggunakan eKYC. Kementeriaan Ekonomi juga telah memperkenalkan Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai rujukan data rakyat Malaysia dimana untuk pendaftaran PADU yang dibuat secara online diwajibkan menggunakan eKYC sebagai proses pengesahan identiti.

Beberapa e-Wallet terbesar di Malaysia, seperti Grab Pay dan Touch-n-Go e-Wallet, telah mengintegrasikan eKYC dalam proses otentikasi mereka. Proses ini biasanya melibatkan pengambilan foto MyKad bersama dengan foto selfie sebagai sebahagian dari verifikasi identiti pengguna.

e-KYC telah menjadi alat penting dalam transformasi digital sektor kewangan global, membolehkan institusi kewangan menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas, selamat dan mudah kepada pelanggan mereka.