Pada 12 Mei 2024 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSH) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sesi ramah mesra bersama pelajar dan staf. Majlis diadakan di Dewan Astaka,Kolej Tunku Canselor,UTM dengan tema Glamour Raya.

Program ini dilaksanakan bersama oleh pelajar dan staf FSSH. Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menjalankan program ini dimana Timbalan Pendaftar Kanan FSSH Cik Azri Hohad telah mengetuai perlaksanaan program ini. Beberapa siri pertemuan dibuat untuk mendapatkan pengesahan lokasi program ini bakal dilaksanakan. Beberapa cadangan lokasi program dicadangkan diantaranya dibuat disekitar bangunan D05/D06,Dewan Sultan Ibrahim(DSI),Dewan Sri Perdana dan Dewan Astana. Setelah mengambil pelbagai pandangan dan input Dewan Astana menjadi pilihan sambutan majlis raya tahun ini.

Sehari sebelum majlis berlangsung satu gotong royong bersama ahli jawatankuasa program dilakukan antara pelajar dan staf. Dewan yang bakal digunakan di hias dengan cantik dan semua yang terlibat telah diberikan tugas masing-masing. Kerjasama yang baik di antara pelajar dan staf berjalan dalam suasana yang harmoni.

 

Semasa Majlis

Majlis berlangsung sekitar jam 9 pagi.  Beberapa tetamu VIP hadir termasuk Dekan FSSH, Prof. Dr. Arieff Salleh Rosman. 

Lebih 1000 orang telah hadir ke majlis ini dengan pelbagai makanan telah dihidangkan. Antara menu utama adalah nasi beriyani ayam merah,acar bersama dengan papadom.

 

Selain dari makanan utama ada juga makanan yang telah dihidangkan oleh sekolah di bawah FSSH. antara menu yang lain sate ayam,ketupat bersama lemang,bihun sup,laksa,air pelbagai perisa dan tidak dilupakan juga ais krim malaysia yang sangat menarik untuk di makan.

Pelbagai program semasa majlis berlangsung. Di awal program adanya sesi marhaban bersama staf dan pelajar. Selain itu ada beberapa persembahan nyanyian dari pelajar.

Program berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah atau insiden yang kurang disenangi. Semoga program ini menjadi batu loncatan untuk kita semua sebagai staf dan pelajar untuk saling mengenali dan mengeratkan ukhuwah diantara kita.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua urusetia dari staf dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program akan dikenang sebagai salah satu memori terindah. Kepada pelajar yang terlibat bersama staf kami di FSSH sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

#FSSHSEJAHTERA

Untuk lihat foto majlis hari raya fssh boleh klik pada link dibawah

FOTO HARI RAYA AIDILFITRI FSSH 2024