9 Jun 2024 telah berlangsung Stem Carnival yang dikenali sebagai Stemfinity In Me Carnival(SIMC) yang diadakan di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Johor Bahru. Program ini juga melibatkan dari pelbagai pihak luar dari agensi kerajaan dan swasta. Antara yang terlibat adalah UTM,UiTM,Kementeriaan Pendidikan,Persatuan Guru Stem Malaysia,Kementeriaan Sains,Teknologi dan Inovasi dan banyak lagi.

Pelaksanaan STEMFINITY IN ME CARNIVAL (SIMC) merupakan satu strategi pembelajaran dalam usaha meningkatkan kualiti produk pendidikan yang bernilai tambah. Penglibatan pelajar dalam program ini akan membolehkan mereka membina pemikiran STEM yang lebih berkualiti seterusnya bersaing diperingkat kebangsaan dan antarabangsa kelak.

SIMC memberikan skop penerokaan STEM yang lebih luas dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik selaras dengan sistem pendidikan yang mengenengahkan kepelbagaian bakat dan minat pelajar.

AKTIVITI SIMC

Pelbagai program dan aktiviti yang diadakan untuk Stem Carnival kali ini. Antara program yang diadakan ialah:-

1. Pengenalan Teknologi Baru

Pelajar akan diperkenalkan dengan teknologi terkini dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Teknologi, dan Matematik, yang memungkinkan mereka untuk mendapatkan pengalaman praktikal dengan alat dan aplikasi terbaru.

2. Pertandingan Inovatif

Pertandingan seperti Rubik’s Cube 3×3, Young Roboticist, dan Drone Challenge memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah secara inovatif dan teknikal.

3. Pameran dan Demonstrasi

Karnival ini juga menyediakan pameran yang mempamerkan projek dan inovasi pelajar, serta demonstrasi oleh pakar industri yang memberikan wawasan tentang aplikasi STEM dalam kehidupan sebenar.

MyLinE

Untuk program kali ini Pejabat MyLinE Akademi Bahasa Universiti Teknologi Malaysia(UTM) juga terlibat sebagai Exhibitor. Antara program yang dijalankan oleh MyLinE adalah melakukan aktiviti kuiz bahasa inggeris secara atas talian(online) melalui platform MyLinE.

Pelajar akan didedahkan dengan teknologi ujian secara online dimana mereka juga akan menggunakan terus dan melakukan aktiviti kuiz yang diberikan. Pelajar-pelajar yang terlibat sangat teruja melakukan aktiviti kuiz yang diberikan. Kuiz yang diberikan mudah dan seronok untuk dilakukan.

Kesimpulan

Program ini sangat membantu pelajar untuk mengenali teknologi pembelajaran terkini yang lebih advance dan mampu meningkatkan keupayaan para pelajar untuk menghadapi cabaran teknologi yang semakin pesat membangun.