Program Tanggungjawab Sosial di SMK Kelapa Sawit

Baru baru ini staf Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSH) dari kumpulan The Perfect Mix telah mengunjugi SMK Kelapa Sawit. Kunjungan ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial (USR) yang dianjurkan oleh kumpulan tersebut dan bertujuan untuk memperkasa pelajar melalui pelbagai aktiviti pembangunan diri dari bahan terpakai.

Program tanggungjawab sosial yang diadakan ini memperlihatkan kolaborasi yang erat antara pihak UTM dari FSSH dan sekolah menengah. The Perfect Mix, yang terdiri daripada staf sokongan FSSH UTM, memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran program ini.

Program ini dijayakan lebih 60 orang pelajae sekolah SMK Kelapa Sawit dan 20 orang staf UTM FSSH.

Satu ahlijawatankuasa telah ditubuhkan yang diketuai oleh Ekmal Alias selaku ketua program kali ini. Beberapa siri perjumpaan demi perjumpaan dilakukan untuk mencari tempat dan lokasi yang sesuai untuk diadakan program USR ini. Asalnya program kali ini ingin dilakukan di rumah anak yatim tapi disebabkan beberapa isu teknikal dan siri perbincangan gagal disepakati maka SMK Kelapa Sawit menjadi pilihan utama untuk menjayakan program ini.

Aktiviti yang dijalankan

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat sabun menggunakan minyak terpakai. Untuk aktiviti ini ia diketuai oleh Puan Hasnah selaku pengajar utama dan dibantu oleh rakan yang lain.

Aktiviti yang lain adalah DIY Felt Product dimana pelajar diajar untuk membuat keychain menggunakan bahan yang telah disediakan. Aktiviti ini diketuai oleh Cik Anis sebagai tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pembuatan keychain.

Aktiviti yang ketiga adalah glider dimana pelajar diajar untuk membina kapal terbang dari bahan yang telah disediakan. Aktiviti ini sangat menarik pelajar dimana mereka sangat teruja untuk menyiapkan tugasan membina kapal terbang. Aktiviti ini diketuai oleh Cik Safei.

Program berakhir sekitar jam 1 petang dimana sedikit ucapan dari wakil pengetua SMK Kelapa Sawit iaitu Puan Rafizah dan ucapan dari Timbalan Pendaftar 

Pelajar sebagai Duta tanggungjawab sosial

Salah satu visi utama program tanggungjawab sosial di SMK Kelapa Sawit adalah untuk melahirkan pelajar yang boleh menjadi duta tanggungjawab sosial dalam komuniti mereka. Pelajar yang telah menyertai program ini tidak hanya melibatkan diri di peringkat sekolah, tetapi juga membawa nilai-nilai kebaikan ini ke dalam komuniti mereka. Mereka didorong untuk terus aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Program tanggungjawab sosial di SMK Kelapa Sawit bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dari segi pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah, tetapi juga memperkukuh hubungan antara sekolah dan komuniti. SMK Kelapa Sawit telah membuktikan bahawa pendidikan bukan sekadar mengajar ilmu di dalam kelas, tetapi juga menyemai nilai kebaikan dan tanggungjawab untuk masa depan yang lebih baik.