Sport Vibes Badminton Challenge FSSH 2024

28 September 2024 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSH) UTM telah menganjur pertandingan badminton yang diberi nama Sport Vibes Badminton Challenge FSSH 2024. Pertandingan ini hanya untuk staf FSSH sahaja.

Pertandingan kali ini melibatkan 2 kategori iaitu kategori beregu lelaki dan beregu wanita. Seramai 14 pasangan beregu lelaki dan 9 pasangan beregu wanita telah mendaftar sebagai peserta untuk menyertai pertandingan kali ini.

Pertandingan ini dilangsungkan di Sport Hall 1 UTM bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.00 petang. Untuk peserta beregu lelaki dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan A,B,C dan D dimana kumpulan A dan B akan ada 4 pasangan dan C,D ada 3 pasangan.2 pasangan yang mendapatkan mata tertinggi layak ke pusingan Suku Akhir.

Bagi beregu wanita dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu E,F dan G dimana setiap kumpulan akan ada 3 pasangan. 2 pasangan setiap kumpulan yang mendapat mata tertinggi akan layak ke pusingan suku akhir dan 2 pasangan dari 3 kumpulan yang mendapat mata tertinggi juga layak ke suku akhir.

Pertandingan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Setiap peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi untuk mencapai maklamat kemenangan. Perjalanan program berjalan dengan harmoni dalam suasana kekeluargaan FSSH walaupuan ada sedikit serangan psikologi dari pihak lawan yang bertanding. Serangan psikologi hanyalah sekadar gurauan mesra antara peserta untuk meningkatkan semangat dalam perlawanan.

Pertandingan berakhir sekitar jam 2.00 petang di mana beregu lelaki dimenangi oleh pasangan Rahim dan Amir manakala beregu wanita di menangi oleh Dr.Dayana dan Dr. Hazirah. Keputusan penuh pertandingan:-

Johan Beregu Lelaki: Rahim/Amir
Naib Johan Beregu Lelaki: Dr. Basit/Dr.Hafiz
Ke-3/4:Dr.Nabil/Abang Hipni dan Dr.Mahyudin/Mohideen

Johan Beregu Wanita:Dr.Hazirah/Dr.Dayana
Naib Johan Beregu Wanita:Dr.Kew Si Na/Dr.Adjah
Ke-3/4:Arfinah/Dr.Diyana dan Dr.Nur Hadis/Dr.Noraini

Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai pertandingan kali ini. Semoga program ini menjadi program tahunan untuk warga FSSH. Selain dapat bertanding secara sihat warga staf FSSH juga saling kenal mengenal dan merapatkan ukhuwah sesama warga FSSH. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua penaja yang sudi menaja pelbagai hadiah dan makanan.

Koleksi gambar penuh pertandingan Sport Vibes Badminton Challenge FSSH 2024 boleh KLIK SINI