Majlis Tautan Ukhuwah UTM 2025

Tautan Ukhuwah Syawal UTM 1446H | 2025M
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah Syawal 1446H | 2025M – sebuah majlis yang menyatukan seluruh warga UTM dalam suasana yang penuh kasih sayang, ceria,harmoni dan bermakna.
Seramai 33 PTJ dan Persatuan di UTM terlibat dalam menjayakan majlis ini dimana pelbagai menu telah dihidangkan. Kebanyakan menu adalah menu hari raya seperti lemang,burasak,ketupat,sate,nasi beriyani,nasi arab dan pelbagai lagi hidangan yang disediakan oleh setiap PTJ.
Tema hiasan kali ini bertemakan Geometrik Islamik. Setiap PTJ menggunakan daya kretiviti untuk menghias booth masing masing untuk kelihatan seperti tema. Kehadiran staf UTM agak ramai untuk memeriahkan majlis kali ini

Lebih Dari Sekadar Jamuan Raya
Orang kata, raya ni pasal makan.Memang betul. Tapi sebenarnya raya ni lebih dari tu.
Dalam Majlis Tautan Ukhuwah Syawal UTM, kita tak datang sekadar nak kenyangkan perut.Kita datang nak kenyangkan hati.
Bayangkan…
Duduk semeja dengan rakan sekerja yang jarang-jarang jumpa.Tersenyum pada staf yang selama ni cuma lalu sebelah tapi tak pernah sapa. Saling ucap maaf, bukan sebab terpaksa — tapi sebab ikhlas dari jiwa.
Inilah nilai Syawal.
Bukan cuma tentang rendang dan ketupat.
Tapi tentang mengikat semula tali yang hampir longgar,dan mengeratkan yang dah lama renggang.
Kadang kadang, satu salam dan sepinggan nasi boleh jadi pemula kepada ukhuwah baru.
Kadang, satu pelukan dan tawa ringan boleh jadi penawar pada penat dan stres kerja.
Jadi ya… ini lebih dari sekadar jamuan raya.
Ini adalah ruang untuk kembali menjadi manusia yang saling menghargai.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN.
Koleksi Gambar DISINI