Pada 7 Jun 2023 bertempat di Bilik Seminar 2 D06, FSSH telah berlangsung penyerahan bendera kepada kontinjen FSSH sempena berlangsungnya University Staff Games (USG) 2023. Kejohanan USG kali ini melibatkan semua staf UTM sahaja yang berada di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Majlis Penyerahan Bendera kali ini di rasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Prof. Dr. Arieff Salleh Bin Rosman. Kata kata semangat turut di berikan kepada semua kontinjen ynag terlibat.

Untuk USG 2023 tahun ini sebanyak 15 acara yang di pertandingkan. Boleh rujuk disini senarai acara yang dipertandingakan KLIK SINI

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) akan menyertai semua acara yang dipertandingkan dengan melibatkan lebih kurang 120 peserta dalam pelbagai acara. Pertandingan kali ini melibatkan lebih 15 fakulti/PTJ.

Semoga dengan penyertaan kali ini dapat mengeratkan hubungan ukhuwah di kalangan staf FSSH dan juga seluruh staf UTM secara keseluruhannya. Pertandingan pada tahun ini dibuat pada hari cuti Jumaat dan Sabtu. USG 2023 akan bermula 8 Jun sehingga 5 Ogos 2023.