AI membantu kerja seharian

Apakah AI?

AI adalah Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan merujuk kepada teknologi yang membolehkan mesin atau komputer meniru kebolehan manusia seperti belajar, berfikir, dan membuat keputusan. AI direka untuk memproses data, mengenali corak, dan membuat ramalan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan.

Bagaimana AI berfungsi?

AI berfungsi melalui algoritma dan model matematik yang kompleks, yang membolehkan mesin memahami data dan membuat keputusan. Contoh mudah adalah ketika anda menggunakan aplikasi peta seperti Google Maps. AI memproses maklumat trafik semasa, mencari laluan terbaik, dan mencadangkan pilihan yang paling efisien.

Contoh AI dalam kehidupan seharian

Antara contoh AI yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian adalah pembantu maya(virtual Assisstant)seperti Siri, Google Assistant, dan Alexa. Ia dapat memahami arahan suara, menjawab soalan, menghantar mesej, atau memainkan muzik atas permintaan.Contoh: Anda boleh meminta Siri untuk menetapkan peringatan atau mengingatkan anda tentang janji temu.

Contoh lain Pengiktirafan Wajah (Facial Recognition) dimana teknologi AI yang mengenali wajah digunakan dalam sistem keselamatan dan juga untuk membuka kunci telefon pintar. Ada bermacam jenis lagi AI yang boleh di integrasikan dalam kehidupan seharian.

Antara Aplikasi AI yang popular digunakan adalah chatgpt,copilot,cloude ai dan bermacam macam lagi. AI ini dikategorikan sebagai AI Generatif. 

AI bukan hanya satu konsep futuristik, tetapi teknologi yang sudah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian kita. Ia membantu mempercepatkan tugas, memberikan pengalaman yang lebih diperibadikan, dan meningkatkan kemudahan dalam banyak aspek kehidupan.