Cara Membina Prompt Untuk Hasilkan Gambar Ai

Cara Membina Prompt Untuk Hasilkan Gambar Ai

Untuk Menghasilkan reka bentuk yang cantik dan menarik melalui Ai bukan sesuatu yang sukar, hanya perlu hasilkan prompt dan masukkan ke dalam Aplikasi Ai seperti ChatGPT dan Copilot. Untuk cara daftar penggunaan Copilot dan ChatGPT boleh rujuk DISINI.

Apakah PROMPT?

Prompt mengikut konteks reka bentuk adalah merujuk kepada arahan, soalan, atau panduan yang memberikan maklumat atau idea kepada seseorang/mesin/aplikasi untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk. Prompt boleh dalam bentuk teks, gambar, atau deskripsi.

Langkah membina Prompt

1. Mengenalpasti reka bentuk yang diingini.

Contohnya : Inginkan gmbar pemain bolasepak sedang meraikan kegembiraan ketika menjaringkan gol.

2. Memasukkan elemen spesifik

Subjek utama

Contoh: “Seorang lelaki sedang meraikan gol.”

Latar belakang

Contoh: “Stadium Bukit Jalil”

Warna dominan

Contoh: ” warna jersi harimau malaya.”

Pencahayaan

Contoh: “Cahaya matahari yang lembut dan bayang-bayang panjang.”

Gaya seni

Contoh: “Ada taburan konfeti.”

Gunakan Kata Adjektif
Masukkan kata-kata yang menggambarkan emosi, tekstur, atau suasana.
Contoh: “Gembira, misteri, dramatik, halus.

Contoh Prompt sederhana 
“seorang lelaki gembira ketika menjaringkan gol dalam perlawanan bolasepak.”

Contoh Prompt Terperinci
“Seorang lelaki Melayu gembira meraikan jaringan gol, memakai jersi bertema harimau dengan warna hitam dan kuning, di latar belakang stadium besar yang menyerupai Stadium Bukit Jalil. Cahaya lampu stadium terang, suasana malam yang meriah, dengan penonton bersorak dan konfeti di udara, mencipta suasana penuh kegembiraan dan semangat.”

Prompt Sederhana yang dihasilkan Copilot

Prompt Terperinci yang dihasilkan Copilot

Kreativiti memainkan peranan penting dalam membina prompt seterusnya menghasilkan gambar yang menarik.

Semoga bermanfaat kepada yang baru mengenali dunia Ai.