Untuk membina esijil secara automatik hanya menggunakan autocrat iaitu add on google sheet. Ada 3 komponen penting dalam pembinaan esijil. 3 komponen tersebut adalah:-

1. Template esijil
2. Google Slides
3. Google form
4. Google sheet

Langkah Pertama membina esijil – Bina google slides dan masukkan template

1. Pergi ke Google Drive(GD) dan bina satu folder baru dan namakan. Contoh eSijil Majlis Hari Raya 2024. lihat video di bawah.

 

2. Pergi ke folder eSijil Majlis Hari Raya 2024 dan bina google slides dan namakan esijil. cara bina lihat video dibawah.

 

3. Pergi ke halaman google slides dan bina ukuran size esijil. Gunakan ukuran size A4(8.27 inci x 11.69 inci).

 

4. Upload template esijil ke dalam google slides. lihat video dibawah

 

5. Masukkan data yang diperlukan ke dalam esijil. Pastikan nama data adalah tally dengan nama data di google form dan google sheet. lihat video di bawah

 

Langkah Kedua – Membina Google Form dan Google sheet

1. Bina google form dan namakan. Masukkan data yang diperlukan. lihat video dibawah

 

2. Bina google sheet dari google form. Lihat video di bawah

 

Langkah Ketiga – Install Autocrat

Setelah semua komponen telah dibina, langkah seterusnya adalah memasang(install) add on google sheet iaitu autocrat.

Untuk install autocrat ikuti langkah-langkah berikut:-

1. Pergi ke halaman google sheet yang telah di bina dan pilih menu Extensions,Add-ons dan Get Add-ons. Search nama autocrat dan klik install. Lihat video di bawah

 

Langkah Keempat – Cara setup Autocrat

Langkah keempat adalah langkah terakhir sebelum proses testing(percubaan) dimana autocrat perlu di setup(tetapan) supaya ianya berfungsi mengikut kehendak dan keperluan semasa.

Untuk setup autocrat ikuti langkah-langkah berikut:-

1. Pergi ke halaman google sheet yang telah dibina dan klik menu Extensions dan klik autocrat. Lihat video di bawah

 

Langkah Kelima – Testing(Percubaan)

Langkah terakhir adalah testing dimana proses ini perlu dilakukan supaya output yang terhasil adalah baik mengikut keperluan semasa. Dapatkan link google form dan isi detail yang diperlukan. Lihat video di bawah.

 

Semoga bermanfaat.