Cara Mudah Menggunakan Microsoft AI Copilot Melalui APlikasi Whatsapp
Microsoft terus mengembangkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) dengan membawa AI chatbot Copilot ke platform messenger yang sangat popular iaitu WhatsApp.
Langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif Microsoft yang lebih besar untuk meningkatkan penggunaan AI dalam pelbagai aplikasi sosial seperti Whatsapp.
Apakah Microsoft Copilot?
Microsoft Copilot ialah pembantu berasaskan AI yang direka untuk memudahkan pengguna dalam pelbagai aktiviti harian, daripada mencari maklumat, mengurus data, kepada cadangan kandungan.
Copilot pertama kali diperkenalkan sebagai ciri utama dalam produk Microsoft 365, membantu pengguna membuat dokumen, pembentangan dan sebagainya. Kini, AI Copilot hadir di WhatsApp untuk menjawab soalan,memberi cadangan,membina design dan memberikan respons segera, sama seperti berkomunikasi dengan rakan atau keluarga.
Dengan chatbot Copilot yang hadir dalam whatsapp akan memberi pilihan baru kepada pengguna whatsapp samada ingin terus berinteraksi melalui whatsapp atau aplikasi copilot yang sedia ada.
Cara Menghubungkan Copilot dengan Whatsapp
Untuk menghubungkan Copilot dengan Whatsapp adalah sangat mudah,semudah menyebbut ABC. Langkah langkah untuk menghubungkan seperti berikut:-
1. Pastikan aplikasi Whatsapp anda telah diaktifkan.
2. Pergi ke halaman RASMI microsoft dan pastikan link yang microsoft yang betul untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Ini link rasmi MICROSOFT COPILOT
3. Scan qr code yang diberi atau klik sahaja Try it now.
Semudah itu sahaja untuk menghubungkan copilot dengan whatsapp. Semoga bermanfaat.