Cara Padam Cache di Komputer

Apakah Cache?

Cache ialah fail sementara yang disimpan oleh sistem dan aplikasi untuk mempercepatkan pemuatan data pada masa hadapan. Ia berfungsi untuk meningkatkan prestasi sistem dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk mendapatkan data.

Jika file cache ini terlalu banyak disimpan ia akan menyebabkan banyak ruang simpanan akan digunakan. selain itu ia juga menyebabkan aplikasi atau halaman web tidak berfungsi dengan baik dan menjadikan komputer atau peranti akan menjadi perlahan.

Langkah-langkah Memadam Cache di Komputer

Windows

  1. Bersihkan Cache Sistem:
    • Buka Start dan cari “Disk Cleanup”.
    • Pilih pemacu (biasanya C:) dan tekan OK.
    • Tandakan Temporary Files (Fail Sementara) dan pilih Clean up.
  2. Bersihkan Cache Pelayar(Browser):
    • Google Chrome:
      • Klik pada ikon tiga titik di sudut kanan atas.
      • Pilih Settings > Privacy and Security > Clear Browsing Data.
      • Tandakan “Cached Images and Files” dan tekan Clear Data.

MacOS

  1. Bersihkan Cache Sistem:
    • Buka Finder.
    • Tekan Go > Go to Folder dan masukkan ~/Library/Caches.
    • Pilih folder yang ingin dibersihkan dan hapuskan kandungannya.
  2. Bersihkan Cache Safari:
    • Buka Safari.
    • Pergi ke Preferences > Privacy > Manage Website Data.
    • Pilih “Remove All” untuk memadam data cache.

Dengan memadam cache akan menjimatkan ruang pada sistem komputer dan pelayar(browser). Ia juga akan meningkatkan prestasi peranti sepeti komputer dan mengatasi masalah aplikasi yang sering crash atau tidak berfungsi dengan baik.