DeepSeek Menggemparkan Dunia dengan Teknologi AI

Dunia dikejutkan dengan kemunculan teknologi AI dari China sehingga menggemparkan pasaran saham dunia. DeepSeek-R1 adalah teknologi AI yang mempunyai keupayaan yang menakjubkan bagi sebuah model AI seakan ChatGPT . Ia dilihat mempunyai keupayaan yang sama tetapi dapat beroperasi dengan kos yang jauh lebih murah.
Apakah DeepSeek?
DeepSeek adalah sebuah syarikat teknologi yang berfokus pada pengembangan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning). Berasal dari China, DeepSeek dikenal sebagai salah satu pemain utama dalam industri AI global yang bersaing dengan perusahaan seperti OpenAI, Google DeepMind, dan Anthropic.
Ia diasaskan oleh usahawan Cina Liang WenFeng di Hangzhou, China pada Julai 2023 dan DeepSeek mengumumkan pelancaran chatbot versi R1 pada 20 Januari 2025.
Sumber dari APHD Channel