FSSH Team Building 2025

Sesi Bergambar di penghujung Trekking

Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan(FSSH) telah menganjurkan program FSSH Team Building 2025 bersama dengan staf sokongan dan akademik. Seramai 116 peserta dari pelbagai sekolah di bawah FSSH telah menyertai program team building kali ini. FSSH Sejahtera, Unggul Bersama adalah tema untuk program team building tahun.

9 kumpulan telah dibentuk di mana setiap nama kumpulan mengikut warna yang telah ditetapkan. Program team building berlangsung di Hutan Rekreasi UTM bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 1.30 petang. Program kali ini juga dikendalikan oleh pihak Bahagian Keselamatan UTM.

Kumpulan Oyen

Kumpulan Kuning

Kumpulan Kelabu

Kumpulan Hitam

Kumpulan Hijau

Kumpulan Ungu

Kumpulan Coklat

Kumpulan Biru

Kumpulan Maroon

Kehadiran Peserta

Seawal jam 7.30 peserta mula hadir ke tapak Hutan Rekreasi UTM dimana peserta diberikan sarapan pagi iaitu nasi lemak sebelum memulakan program. Kelihatan peserta bersemangat dengan identiti tersendiri setiap kumpulan mengikut warna yang diberikan.

Di fahamkan sehari sebelum program bermula peserta telah diberikan senarai penuh kumpulan oleh urusetia dan ada di antara kumpulan yang telah membuat group whatsapp khas untuk berbincang mengenai identiti yang bersesuaian untuk hari kejadian.

Setiap kumpulan ada yang ada yang memakai baju mengikut warna,ada yang memakai trekking hat yang sama warna dan ada juga yang memakai wrist band yang sama. Semua peserta kelihatan sangat bersemangat untuk program team building.

Hari tidak selalu cerah

Sekitar jam 9.00 pagi program senamrobik bermula yang diketuai oleh staf bahagian keselamatan UTM. 10 minit program bermula keadaan cuaca kelihatan tidak mengizinkan dan hujan lebat telah membasahi hutan rekreasi.

Walaupun hujan membasahi tapi tidak menghalang program berlangsung. Semua peserta diarahkan ke dewan untuk melakukan aktiviti seterusnya. Setiap kumpulan diberikan kain putih,2 marker pen dan sebatang kayu untuk mencipta logo,slogan dan cheer kumpulan. Peserta diberikan masa 15 minit sebelum membentangkan hasil logo dan cheer yang telah dibina dan dicipta.

Keadaan sangat meriah di mana semua peserta bersemangat dan berganding bahu mencipta,membina dan membentangkan hasil kerja. Beberapa aksi lucu turut dirakamkan bagi memeriahkan lagi program pembentangan setiap kumpulan.

 

Perbincangan merekabentuk logo

Rekabentuk logo mula dihasilkan

Jungle trekking bermula

Sekitar jam 10.30 cuaca hujan beransur reda dan pihak penganjur merasakan program jungle trekking perlu diteruskan. Semua peserta mengikut kumpulan memulakan perjalanan mengikut laluan dan panduan dari pihak penganjur.Di sepanjang perjalanan para peserta diberi penerangan berkaitan beberapa nama pokok seperti pokok kayu manis,pokok pulai,periuk kera dan sebagainya.

Mungkin ini kali pertama para peserta melihat pokok pulai yang merupakan identiti di sekitar taman-taman perumahan di UTM dan di maklumkan pokok pulai yang berada di hutan rekreasi UTM berusia sekitar 100 tahun.Laluan perjalanan agak licin dan berlumpur disebabkan hujan turun sebelum aktiviti dimulakan. Semua peserta berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.

Survival Skill Cooking

Di penghujung perjalanan mengharungi curam,denai dan anak sungai semua peserta mengikut kumpulan melakukan aktiviti survival skill cooking di mana setiap kumpulan akan di berikan ayam,sardin,bawang,halia,cili dan bahan bahan lain untuk memasak di dalam buluh.

Setiap kumpulan dengan idea dan kreativiti masing-masing memulakan aktiviti ini. Semua ahli kumpulan bersemangat dan saling tolong menolong dalam menjalankan aktiviti memasak. Ada yang membasuh ayam,basuh buluh dan mencari daun untuk sebagai hiasan. 

Selesai memasak semua makanan akan di adili oleh juri untuk mencari siapa pemenang yang akan di umum dihujung program.

Penutup

Sekitar jam 1.oo petang semua aktiviti tamat dan semua peserta berkumpul di dewan untuk penyampaian hadiah. Tahniah kepada kumpulan Oren yang telah menjadi juara untuk sesi team building tahun ini.

Kepada semua kumpulan yang tidak berjaya kali ini jangan kecewa dan cuba lagi tahun akan datang. Perjalanan team building kali ini berjalan dengan lancar dan harmoni tanpa ada insiden yang tidak disenangi.

Terima kasih kepada urusetia FSSH dan Bahagian Keselamatan UTM yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.