Generatif Ai:Cara memasang(Install) Chatgpt dan Copilot
Apakah Generatif Ai
1. Definisi menurut Chatgpt
AI Generatif ialah sejenis kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk menjana kandungan baharu, seperti teks, imej, muzik, malah video, berdasarkan corak yang telah dipelajari daripada data sedia ada. Teknologi ini menggunakan model seperti rangkaian saraf tiruan untuk memahami dan meniru pengedaran data input dan kemudian menghasilkan output yang serupa dengan data yang dipelajari.
2. Definisi Menurut Copilot
AI Generatif ialah sejenis kecerdasan buatan yang boleh menjana kandungan baharu seperti teks, imej, video, audio atau kod perisian berdasarkan corak dan data yang telah dipelajari. Teknologi ini menggunakan model pembelajaran mesin lanjutan untuk memahami dan meniru proses pembelajaran manusia, membolehkan AI mencipta kandungan asli dan berkaitan sebagai tindak balas kepada permintaan pengguna.
Ada puluhan dan mungkin ratusan aplikasi Ai yang boleh digunakan untuk memudahkan pengguna. Untuk tulisan kali ini lebih fokus kepada generatif Ai chatgpt dan copilot.
Cara Memasang(Install) Chatgpt dan Copilot
Untuk memasang atau proses instalasi chatgpt dan copilot bukanlah rumit dan sukar. Berikut cara untuk memasang chatgpt dan copilot:-
Chatgpt
- Layari halaman log masuk ChatGPT.
- Jika anda sudah mempunyai akaun, log masuk menggunakan maklumat akaun anda.
- Jika anda belum mempunyai akaun, klik “Create one” untuk membuat akaun ChatGPT secara percuma.
- Setelah log masuk, anda boleh memulakan perbualan, mengautomasikan tugas, dan meneroka penjanaan teks berkuasa AI.
Copilot
- Untuk menggunakan Copilot dalam Microsoft Edge, log masuk ke akaun Microsoft anda.
- Klik ikon Copilot di toolbar pelayar untuk mengakses Copilot di bar sisi.
- Anda boleh bertanya soalan, melakukan carian, dan membandingkan produk menggunakan Copilot.
- Untuk Copilot, layari laman rasmi dan log masuk dengan maklumat akaun Microsoft anda.
Untuk tulisan seterusnya akan dihuraikan bagaimana generatif Ai memudahkan urusan kerja dan aktiviti seharian terutama golongan pekerja,bagaimana menyerap generatif Ai dalam aktiviti seharian dan Ai juga boleh mengubah transfomasi gaya hidup masa kini.