Kejutan Malam Terakhir

Malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh semua peserta. Semua peserta yang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan akan membentangkan hasil tugasan yang telah diberikan sebelum ini. Semua ahli kumpulan bersemangat membentangkan hasil kerja yang telah disiapkan. Suasana penuh keceriaan dengan aksi jenaka yang spontan dari setiap kumpulan diiringi dengan program BBQ.

Pertandingan Open Mic menjadi acara yang dinantikan yang menonjolkan bakat-bakat terpendam. Setiap kumpulan perlu menghantar satu wakil ke pertandingan karaoke secara solo atau berduet.Nyanyian yang menyentuh jiwa, aksi jenaka yang mengundang gelak tawa setiap persembahan.

Momen yang paling ditunggu tunggu iaitu cabutan bertuah turut menambah seri acara malam itu. Wajah-wajah kegembiraan terpapar kepada para pemenang cabutan bertuah. Ada pelbagai hadiah yang diberikan kepada pemenang bertuah. Malam terakhir di akhiri dengan pengumuman pemenang setiap kumpulan dan open mic. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Meranti yang menjuarai aksi kali ini dan tahniah kepada encik Dzulhelmi yang telah memenangi pertandingan karaoke.

 

Selesai semua aktiviti kebanyakan peserta menjamu selera BBQ yang dihidangkan dan ada sebahgian kecil peserta memancing ikan di persekitaran houseboat. Aktiviti malam terakhir banyak dihabiskan dengan aktiviti memancing. Antara ikan yang berjaya dipancing adalah spesies baung,lampam dan sebarau.

Esok pagi kami bertolak pulang ke UTM semula. Kenangan 3 hari 2 malam di Tasik Kenyir pasti tidak akan dilupakan. Pelbagai kenangan indah dan pengalaman berharga dibawa balik. 

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dan juga tidak dilupakan kepada semua crew houseboat yang banyak membantu melancarkan perjalanan bengkel kali ini. 

Sedikit coretan sebagai kenangan yang kami pernah hadir ke Tasik Kenyir.