Ibadah Korban & Berkat FSSH 2024

Pada 20 Jun 2024 Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH) UTM telah mengambil inisiatif menganjurkan Ibadah Korban & Berkat FSSH 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1445h.

Untuk Korban kali ini sebanyak 2 ekor lembu telah ditumbangkan dengan 14 nama direkodkan untuk terlibat dengan ibadah korban kali ini.

Program bermula seawal jam 7.30 pagi dimana penjual menghantar lembu yang ditempah siap disembelih. Beberapa staf dibawah FSSH mengambil bahagian untuk bersama-sama bergotong royong melapah lembu,pembahagian daging korban dan membuat persiapan untuk memasak.

Persiapan segala bahan mentah untuk memasak telah disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman. Para kaum lelaki ditugaskan melapah,memotong membasuh daging korban untuk persiapan masak dan kaum wanita menyiapkan segala bahan mentah seperti bawang,cili,rempah dan sebagainya untuk persediaan memasak.

Program pada awalnya bermula dengan hujan agak lebat tapi tidak mematahkan semangat semua staf yang terlibat untuk bergotong royong menyelesaikan tugasan masing-masing. Hujan kembali reda yang proses memasak diteruskan.

Sekitar jam 1.30 petang ramai pelajar dan staf UTM hadir untuk memeriahkan program ini. Hampir 1000 orang yang hadir program kali ini. Program berakhir sekitar jam 4.00 petang dan berlangsung dengan suasana yang harmoni.

Koleksi Gambar Program Ibadah Korban & Berkat FSSH 2024 DISINI