Kursus Pemantapan Kompetensi

Level up your e-cert skills

Satu kursus telah diadakan pada 22 Ogos 2024 bertajuk Kursus Pemantapan Kompetensi:Level up your e-cert skills. Kursus berlangsung selama 5 jam bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang.

e-Cert atau dalam bahasa melayu adalah sijil elektronik mula berkembang maju dimana ianya bakal ataupun telah menggantikan sijil fizikal. Dengan kemahiran membina e-Cert dapat menjimatkan kos untuk mencetak sijil dan menjimatkan masa.

Komponen Penting Pembinaan e-Cert

Dalam membina e-cert ada 5 komponen penting sebelum terhasilnya output yang ingin dicapai iaitu e-Cert.

 

5 Komponen tersebut adalah canva,google slide,google form,google sheet dan autocrat. Setiap komponen ini penting untuk menghasilkan e-Cert samada secara automatik atau semi automatik.

Untuk membina e-Cert secara Automatik ianya haruslah bermula dengan pembinaan Google form dimana Penerima e-Cert akan mengisi google form dan penerima akan menerima terus e-Cert menerusi emel mereka sendiri. Gambar di bawah menunjukkan proses carta alir bagaimana e-Cert yang dibina secara automatik berfungsi.

Untuk membina e-Cert secara semi automatik ianya bermula dengan pembinaan googlesheet dimana penganjur sudah memiliki data penerima. Contoh data yang biasa diperlukan adalah nama dan nombor pekerja. Dengan data yang sudah dimiliki hanya perlu dimasukkan ke dalam googlesheet dan lakukan konfigurasi pada alat tambahan(add-on) autocrat dan run job(jalankan kerja). Di bawah menunjukkan proses carta alir bagaimana e-Cert semi automatik berfungsi.

Persediaan Membina e-Cert

Persediaan pertama adalah membina template sijil. Untuk memudahkan membina template sijil boleh gunakan aplikasi canva dimana ada banyak template yang doleh digunapakai. Jika anda mempunyai kemahiran untuk mereka bentuk sijil adalah lebih baik dan jika tiada kemahiran merekabentuk sijil boleh sahaja gunakan template canva. Aplikasi canva ada yang percuma dan berbayar.

Persediaan kedua membina google slide. Tujuan membina google slide adalah untuk meletakkan template sijil sebagai transit sebelum dihantar ke emel penerima.

Persediaan ketiga membina google form. Google form dibina untuk mendapatkan data penerima sebelum e-Cert dihantar ke emel penerima. Data yang biasa akan digunapakai adalah nama,email,nombor pekerja,nombor kad pengenalan dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.

Persediaan keempat adalah membina google sheet. Untuk membina google hanya perlu klik pada fungsi response pada google form.

Persediaan kelima adalah memasang(install) autocrat pada googlesheet. Memasang autocrat bertujuan untuk menghubungkan google slide dan google form supaya data yang dihantar adalah tepat.

Dan persediaan yang terakhir adalah konfigurasi Autocrat. Autocrat perlu di konfigurasi supaya ianya berjalan dengan sempurna. Untuk pemahaman yang lebih lanjut berkaitan autocrat boleh baca DISINI