Kursus Asas Membina Website
Pada 22 Ogos 2023 yang lalu telah berlangsung kursus teknik asas membina website menggunakan platform wordpress. Program kursus telah di ajar oleh saya sendiri bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 petang.
Kehadiran kursus kali ini dianggarkan lebih kurang 30 peserta yang kebanyakannya staf PPP dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan dan lokasi sesi ceramah atau perkongsiaan ini bertempat di Makmal KOmputer C14 FSSH.
Modul Pengajaran Asas Membina Website
Untuk memulakan pembalajaran asas membina website menggunakan wordpress saya mulakan dengan modul-modul yang bakal saya terangkan sebelum pembelajaran. Ada 5 modul yang berkaitan untuk sesi pengenalan. Modul-modul tersebut adalah seperti gambar imej di bawah
Untuk membina website yang cantik,responsif dan kelihatan canggih perlulah memahami perkara asas terlebih dahulu supaya memudahkan proses yang seterusnya. Untuk 2 jam yang pertama pembelajaran lebih kepada teori-teori asas seperti pengenalan kepada wordpress,pengenalan kepada perkara teknikal yang terpenting didalam membina website.
Tujuan diadakan sesi perkongsiaan ini adalah untuk meningkatkan pemahaman staf PPP tentang asas membina website. Setiap pelajar dan staf di UTM telah diberikan akses atau laman web sendiri untuk membina website.
Program berjalan hampir 4 jam dan berlangsung dengan sangat tenang. Dengan pengenalan asas ini akan memudahkan semua staf yang terlibat untuk mula mengaktifkan website sendiri.
Terima Kasih