Pada 28 Februari 2024 pihak Pejabat MyLinE telah menerima jemputan untuk lawatan industri ke Imagine AI Sdn Bhd. Lawatan tersebut bertujuan untuk lebih mendekatkan lagi dengan teknologi terkini iaitu Kecerdasan Buatan atau lebih popular dengan nama Artificial intelligence(AI).

Perjalanan dari Pejabat MyLinE ke Imagine AI mengambil masa sekitar 30 minit dimana ianya terletak di Educity Iskandar Puteri, bangunan yang sama dengan University of Reading Malaysia.

Seramai 6 orang staf Pejabat MyLinE telah hadir ke sesi lawatan industri. Kami dikenalkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Imagine AI iaitu Mr. Edwin Loh dan beberapa staf Imagine AI yang terlibat dalam sesi penerangan berkaitan teknologi AI.

Beberapa orang staf Imagine AI telah menerangkan kepada kami beberapa prototaip teknologi AI yang sedang dibangunkan. Tidak dapat dinafikan teknologi AI ini memang dapat membantu manusia dalam memudahkan kehidupan seharian terutama dalam bidang pekerjaan,pendidikan dan sebaginya.

Kunjungan kami berakhir sekitar jam 12.30 tengahari. Banyak info dan maklumat terkini berkaitan AI dapat kami fahami secara asas. Ai adalah satu teknologi masa depan yang bakal mencorakkan dunia masa hadapan dalam pelbagai aspek.