Pembaca Berita
Muhammad Arafat Yaman
Norhidayatul Fatanah Buang

Tarikh
29 Oktober 2023

Livenews Edisi 148 hari ini memaparkan berita minggu lalu dan aktiviti pada minggu ini. Minggu ini berita dibacakan oleh Muhammad Arafat Yaman dan Norhidayatul Fatanah Buang dari Pejabat Dekan FSSH. Siri livenews akan bersiaran secara live recording di facebook Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan setiap hari Ahad jam 12.00 tengahari.

Berita dan aktiviti minggu lalu

Untuk berita minggu lalu seperti biasa setiap hari ahad sehingga rabu akan menampilkan qari undangan dari Akademi Tamadun Islam. Untuk minggu ini qari akan membacakan surah al.Baqarah ayat 62-69 dan terjemahannya pula akan dibacakan oleh pengacara majlis. Majlis bermula jam 8.15 pagi sehingga jam 8.30 pagi setiap hari ahad sehingga rabu. Semoga program ini menjadi platform terbaik untuk semua staf terutama yang beragama islam dapat menghayati bacaan  al-quran dari qari yang terlibat.

Pada 23 sehingga 24 Oktober 2023 telah diadakan Audit Pengekalan Akreditasi Penuh. Audit ini bagi Program Doktor Falsafah Bidang Penyelidikan Kurikulum dan Pengajaran serta Sarjana Pendidikan Kimia.

pada 24 oktober juga bertempat di bilik seminar 2, D06 telah diadakan Understanding Learning Agronomic of Open Distance Learning yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hisyam bin Zakaria dari Kolej Seni dan Sains USM.

Pada 25 Oktober 2023 telah diadakan Business Booster With RND and Speed Funding yang telah dianjurkan oleh Sosial Science Business Showcase. Speaker yang terlibat adalah Dekan FSSH Prof. Dr. Arieff Salleh Rosman dan Coach Roszi Amir,Entrepreneur and Industry Business Course. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warga Fakulti SAins Sosial & Kemanusiaan dan diadakan dia Ge & She Cafe UTM Kuala Lumpur.

Pada 26 Oktober berlangsungnya Program Kerohanian Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Siri 170. Program ini menampilkan penceramah undangan al-fadhil Dr. Diaya Udden Al Zitawi dari Akademi Tamadun Islam. Beliau telah berkongsikan tajuk, Rasulullah Rahmatan Lilalamin yang diangkat dari dari surah at-taubah ayat 128.

Dan 26 Oktober juga berlangsungnya Program University Social Responsibilities (USR) oleh kumpulan 2 dari FSSH. Program telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Permas Kelapa, Kukup, Pontian.Program yang dianjurkan berteraskan konsep 3m dan juga mengambil kira sgd, iaitu mengurangkan kadar kemiskinan serta menaikan taraf hidup. kumpulan 2 telah memilih celik kewangan sebagai intipati utama program yang melibatkan 50 pelajar tahap 2 sekolah tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah ilmu menabung seawal usia oleh pihak rhb bank, pelancaran FSSH G2 reading corner dan kuiz kewangan. bagi menutup majilis mereka telah memberikan makanan percuma kepada 120 orang pelajar disekolah tersebut.

Dan tidak ketinggalan juga pada 26 Oktober lalu telah diadakan program solat hajat dan kutipan sumbangan. Program ini bertujuan memohon kepada Allah akan keselamatan buat saudara-saudara kita di Palestin, khususnya buat keluarga Dr. M hassan Abu Hasnah yang berada di sana. Di samping itu juga satu tabung kutipan sumbangan telah diedarkan semasa program untuk disumbangkan kepada Dr. Hasan dan keluarga bagi membantu keperluan mereka di sana khususnya membaiki rumah yang rosak akibat dibom.

 

Program dan Aktiviti Minggu Ini

Pada 28 sehingga 30 oktober ini akan berlangsung Spirit of Togetherness – Kem orientasi pelajar pasca siswazah sekolah pendidikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM. program ini akan berlangsung di Teluk Gorek Chalet dan Kem Site Mersing Johor.

pada hari ini 29 oktober 2023 akan diadakan Program Sokongan Psikososial di bawah inisiatif pemuliharaan bibliografi dalam pengurusan ketenangan siri 4, yang akan berlangsung di Dewan Banquet Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Johor Bahru.

Pada 30 & 31 oktober ini akan diadakan Audit Pengekalan Akreditasi penuh bagi Program Doktor Falsafah Bidang Penyelidikan Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan serta Sarjana Pendidikan Matematik. Panel penilai audit terdiri daripada Dr. Norliza binti Ghazali dari UPM dan Prof. Madya Dr. Siti Mistima binti Maat dari UKM.

pada 1 dan 2 november juga akan diadakan Audit Pengekalan Akreditasi penuh bagi program sarjana pendidikan pengukuran dan penilaian serta sarjana falsafah bidang penyelidikan pendidikan matematik. Panel penilai audit terdiri daripada Dr. Norliza binti Ghazali dari UPM dan Prof. Madya Dr. Siti Mistima binti Maat dari UKM.

Program Kerohanian Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan siri 171 akan kembali ke udara pada hari khamis 2 november 2023. Program kali ini akan menampilkan penceramah undangan al-fadhil Prof. Dr. Badlihisham Mohamad Nasir dari Akademi Tamadun Islam. Beliau akan berkongsikan tajuk pengusiran al-aqsa yang diangkat dari surah al-hasr ayat 2.

 “jika kau ingin masa depanmu menjadi lebih baik, maka bersusah payahlah mulai dari sekarang.”