Livenews Humanities berwajah baru

Bermula 12 Februari 2024 Livenews Humanities akan berwajah baru. Untuk edisi livenews siri 163 latar belakang(background) akan berubah. Setelah hampir setahun lebih menggunakan latar belakang yang sama kini pasukan livenews yang diketuai En Jais Jamil akan berubah wajah.

Selain perubahan pada latar belakang, paparan dan kedudukan pembaca berita juga akan berubah dimana paparan berita akan diletakkan dibahagian tengah dan dua pembaca berita di letakkan disebelah kanan dan kiri paparan.

Paparan lama

Paparan baru

Semoga dengan perubahan ini dapat menarik dan meningkatkan mutu setiap pembaca berita dan mampu meningkatkan jumlah tontonan pada setiap minggu.

Livenews Humanities berkeudara setiap minggu pada hari ahad jam 12.00 tengahari. Livenews memaparkan berita sorotan seminggu segala aktiviti,program,kejayaan dan pelbagai berita yang berkaitan dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSH).

Livenews bersiaran di platform facebook rasmi FSSH. Boleh ikuti DISINI