Majlis Apresiasi FSSH 2024
Majlis Apresiasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) 2024 merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua staf FSSH. Majlis tahun ini diadakan di Hotel Renaissance,Johor Bahru dan telah dihadiri lebih 200 staf FSSH. Acara ini bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada staf akademik dan staf PPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang pelbagai bidang seperti akademik,sukan dan sebagainya.
Untuk Majlis Apresiasi kali ini sebanyak 29 anugerah dipertandingan dimana 3 kategori utama ialah Anugerah Akademik FSSH 2023,Anugerah Penyelidikan dan Inovasi FSSH 2023 dan Anugerah Umum. Selain itu adanya selingan persembahan dari wakil staf FSSH dan juga sebanyak 87 cabutan bertuah. Untuk tema tahun ini adalan Hitam Keemasan.
Pembentukan Ahli Jawatankuasa dan pemilihan tempat
Sekitar 2 bulan sebelum berlangsungnya Majlis Apresiasi dibentuk satu ahli jawatankuasa untuk mengendalikan majlis ini. Seramai lebih 20 orang staf FSSH terlibat sebagai ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Dayana Farzeeha binti Ali selaku Pengarah Program Majlis Apresiasi.
Antara ahli jawatankuasa yang ditubuhkan adalah media sosial dan promosi,logistik dan teknikal,flow manager, persembahan dan banyak lagi ahli jawatankuasa yang berkaitan untuk membantu melicinkan program ini.
Pelbagai cadangan dan Hotel Rennaissance menjadi pilihan tempat untuk diadakan majlis ini dan ianya merupakan majlis apresiasi kali pertama yang diadakah diluar dari Universiti Teknologi Malaysia.
Perjalanan Majlis Apresiasi
20 Ogos 2024 majlis berlangsung dengan meriah, pelbagai gaya dan fesyen telah ditampilkan oleh staf FSSH yang hadir pada majlis ini. Tema hitam keemasan kelihatan anggun,gemilang dan mewah terpancar pada setiap staf FSSH yang hadir. Masing masing memperagakan mengikut tema.
Majlis penganugerahan berjalan dengan lancar diselang seli dengan persembahan dan cabutan bertuah.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Majlis Apresiasi kali ini semoga menjadi pemangkin untuk bekerja lebih baik dan meningkatkan kualiti kerja.
TAHNIAH!!
TAHNIAH!!
TAHNIAH!!
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dan tanpa mereka majlis tidak akan berjalan dengan sempurna.
Koleksi Gambar Kenangan Majlis Apresiasi FSSH DISINI