Membina Kata Laluan yang Kuat Dan Selamat
Zaman kini pelbagai sistem dan aplikasi telah dibangunkan untuk memudahkan kerja harian manusia. Dari akaun bank,media sosial sehinggalah ke sistem kerja harian telah dicipta dan kebanyakan sistem dan aplikasi yang digunapakai wajib menggunakan kata laluan.
Kata laluan adalah kunci kepada maklumat peribadi dan akaun digital anda. Sama ada untuk akaun bank, media sosial, atau aplikasi kerja, kata laluan yang kuat dan selamat adalah pertahanan pertama anda terhadap ancaman siber. Namun, bagaimana anda boleh memastikan kata laluan anda sukar untuk digodam tetapi mudah untuk diingat?
Mengapa perlu kata laluan yang kuat dan selamat?
Membina kata laluan yang kuat dan selamat amatlah perlu untuk melindungi data peribadi,kecurian identiti,kehilangan wang,pelanggaran privasi dan sebagainya yang berkaitan.
Kata laluan yang lemah seperti “123456” atau “password” sangat mudah diteka oleh penggodam menggunakan kaedah seperti serangan brute force atau phishing.
Membina kata laluan yang kuat
Kata laluan yang kuat perlu ada kriteria berikut:-
- Panjang: Sekurang-kurangnya 12 aksara.
- Kompleks: Gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
- Unik: Tidak digunakan semula untuk akaun lain.
- Tidak Berasaskan Informasi Peribadi: Elakkan menggunakan nama, tarikh lahir, atau maklumat mudah diteka.
Contoh kata laluan yang kuat: D#4gH!2kPz9&
Langkah Mudah Membuat Kata Laluan yang Kuat
1. Gunakan Frasa yang Mudah Diingati
Cuba gunakan frasa panjang yang anda boleh ingat dengan mudah, tetapi penggodam tidak dapat teka. Contohnya:
Frasa: “Saya suka kopi pagi setiap hari!”
Kata laluan: S@ya5uKaKopi!
2. Tambahkan Elemen Kompleks
Tukar huruf kepada simbol atau nombor:
“a” menjadi “@”
“s” menjadi “$”
“i” menjadi “1”
Gabungkan simbol dan nombor di tempat rawak.
3. Elakkan Kata Laluan Mudah
Hindari kata laluan seperti:
“123456”
“password”
“abcdef”
Kata laluan ini adalah sasaran utama penggodam.
4. Gunakan Pengesahan Dua Faktor (2FA)
Aktifkan pengesahan dua faktor pada akaun penting anda. Ini menambah lapisan keselamatan tambahan dengan memerlukan kod pengesahan selain kata laluan.