Bendera & Cheers
Sebelum Pendakian ke Pokok Melunak dan semasa perjalanan dari Jeti Pengkalan Gawi ke Gua Bewah yang mengambil masa perjalanan sekitar 6 jam setiap kumpulan diberikan satu tugasan dimana setiap kumpulan perlu mencipta satu bendera,penjelasan tentang bendera dan bina cheers(sorakan) untuk kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan satu tiang bendera,sehelai kain putih dan pen berwarna.
Empat kumpulan telah dibentuk iaitu kumpulan Jati,Meranti,Cendana dan Cengal. Setiap kumpulan perlu melukiskan logo kumpulan masing-masing berdasarkan nama kumpulan diats kain putih yang dibekalkan. Setiap kumpulan diberikan masa sekitar 1 jam untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan sebelum melakukan aktiviti pendakian ke pokok melunak.
Kumpulan Meranti
Kumpulan Jati
Kumpulan Cendana
Kumpulan Cengal
Pendakian ke Pokok Melunak
Perjalanan menaiki houseboat ke Gua Bewah mengambil masa sekitar 6 jam. Kami sampai sekitar jam 4.00 petang di persekitaran Gua Bewah. Semua peserta sangat teruja dan ada yang mengambil gambar bersama sama ahli kumpulan lain sebagai kenangan. Sekitar jam 4.30 petang kami memulakan aktiviti pertama kami iaitu pendakian(hiking) ke Pokok Melunak. Untuk Hiking ke Pokok Melunak perjalananan mengambil masa sekitar 30-40 minit. Mendaki merupakan satu aktiviti lasak yang memerlukan kekuatan fizikal dan kecekapan mental. Pokok Melunak terletak sejauh 1 kilometer dari tempat houseboat.
Perjalanan pertama kami membawa kami ke kawasan yang dikelilingi dengan pokok pokok balak dan tumbuhan yang menghijau. Banyak pokok balak yang telah di tanda oleh pihak Taman Negara Kenyir untuk memudahkan kami mengenali spesies balak yang berada di sekitar Gua Bewah. Antara spesies balak yang banyak ditemui sekitar Gua Bewah adalah Gapis,Mempisang,meranti,merbau dan banyak lagi. Kami melalui laluan yang agak becak dan licin disebabkan hujan. Setiap langkah perlu diambil dengan penuh waspada bagi memastikan kestabilan setiap peserta. Walaupun agak sedikit mencabar, tetapi pemandangan sekeliling yang indah serta bunyi alam semulajadi memberikan dorongan kepada kami untuk teruskan perjalanan.
Ketika mendaki, komunikasi dan kerjasama antara ahli kumpulan sangat penting. Ada diantara ahli kumpulan kami yang tergelincir dan mengalami sedikit kecederaan kecil tapi ia tidak menghalang kami untuk meneruskan sampai ke destinasi yang ingin dituju. Kami memberi sokongan moral kepada satu sama lain, memberi petua untuk menangani bahaya licin dan menggalakkan setiap ahli kumpulan agar terus maju. Kebersamaan dan semangat untuk mencapai puncak menjadi pendorong yang kuat dalam menghadapi cabaran semasa pendakian.
Perjalanan 1 km itu seolah olah sangat lambat tetapi semangat setiap peserta ingin menghabiskan pendakian amatlah mengujakan dan hasrat untuk mencapai ke pokok melunak sangat berkobar kobar. Pada akhirnya, keletihan dan kesusahan perjalanan terbayar dengan pemandangan yang menakjubkan apabila kami tiba di pokok melunak yang menjadi sasaran utama kami. Hasil carian di google mendapati usia pokok melunak sekitar 314-340 tahun. Info lanjut pokok melunak.
Pendakian ke pokok melunak ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan fizikal kami, tetapi juga memberi pengalaman berharga tentang keindahan alam semula jadi. Ia mengingatkan kami bahawa terdapat keunikan yang menunggu untuk ditemui setiap kali kita bersedia untuk mencabar diri sendiri.
Hampir 30 minit berada di persekitaran pokok melunak kami semua turun kembali ke houseboat untuk mandi dan membersihkan diri. Ada di kalangan peserta mengambil peluang untuk melakukan aktiviti bermain kayak dan berenang setelah sampai ke houseboat.
Kayak dan Berenang
Setelah penat mengharungi perjalanan pergi dan balik mendaki ke puncak pokok Melunak ada dikalangan peserta mengambil kesempatan bermain kayak di persekitaran Tasik di Gua Bewah. Pihak crew pengurusan Houseboat ada menyediakan 4 buah kayak untuk kegunaan kami.
Ramai yang mengambil peluang bermain kayak bersama rakan lain dan ada dikalangan peserta yang sangat mahir dengan permainan kayak. Untuk meminimumkan dan mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan yang berlaku semua peserta diwajibkan memakai life jacket(jaket keselamatan).