Pertandingan Badminton FSSH 2024

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSH) UTM akan mengadakan pertandingan badminton Sport Vibes Badminton Cahllenge FSSH 2024. Pertandingan kali ini hanya melibatkan staf FSSH sahaja dan jemputan yang terpilih.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk merapatkan hubungan ukhuwah antara staf akademik dan juga staf pelaksana yang bertugas di FSSH selain mencari bakat terpendam yang akan diketengahkan untuk pertandingan yang lebih besar iaitu University Staf Games(USG).

Pertandingan badminton ini juga pernah dipertandingkan sebelum ini dengan nama FSSH Sport Day pada tahun 2022 tapi ia melibatkan lebih ramai peserta termasuk pelajar FSSH.

Format Pertandingan

Format pertandingan kali ini melibatkan dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu wanita dimana 12 regu lelaki dan 12 regu wanita. Pertandingan dijalankan secara liga,4 kumpulan akan dibentuk dengan setiap kumpulan ada 3 pasangan(pair).

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Pertandingan akan berlangsung di Sport Hall 1 UTM bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 5.00 petang pada 28 September 2024.

 Kenapa Staf FSSH perlu menyertai pertandingan ini?

Pertandingan ini bukan hanya tentang kemenangan, bukanlah juga tentang hadiah tetapi juga tentang membina semangat kesukanan, mengeratkan ukhuwah dan membudayakan gaya hidup sihat.

Setiap penyertaan membawa makna yang mendalam, sama ada anda seorang atlet berpengalaman atau baru hendak mencuba, di sini adalah platform untuk berkongsi minat yang sama.

Daftar Sekarang

Bagi yang belum mendaftar jom daftar sekarang untuk memeriahkan program ini. Link pendaftaran DISINI.