BADMINTON UNIVERSITY STAF GAME(USG) 2023 KEMBALI

Hampir setiap tahun tidak termasuk zaman PKP akan diadakan pertandingan badminton diantara staf UTM. Untuk pertandingan USG tahun ini hampir semua fakulti/ptj mengambil bahagian dalam acara badminton lelaki dan wanita. Pasukan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan(FSSK) sekali lagi tampil untuk menyertai pertandingan badminton USG 2023.

Pasukan Lelaki dan Wanita

Untuk tahun ini pasukan FSSK akan menghantar 2 pasukan masing masing pasukan lelaki dan wanita. Format pertandingan kali ini untuk lelaki adalah 3 pasangan double(beregu) dan 2 single(perseorangan) manakala untuk wanita 2 double(beregu) dan 1 single(perseorangan). Pasukan lelaki diketuai oleh saya(Rahim) sendiri sebagai pengurus pasukan dan Dr. Hazirah mengetuai pasukan wanita.

Pusingan peringkat kumpulan

Pada perlawanan pertama pasukan badminton lelaki FSSK telah berjaya mengalahkan pasukan dari Fakulti Komputer dengan mata 3-2 dimana 3 beregu utama FSSK telah berjaya mengalahkan pasukan lawan dan 2 single(perseorangan) tumbang kepada pasukan lawan. Untuk perlawanan kedua FSSK telah kalah kepada pasukan pilihan Canselori dengan mata 5-0. Dengan 1 kemenangan dan satu kekalahan melayakan pasukan FSSK untuk ke pusingan seterusnya.

Pusingan seterusnya

Pada pusingan seterusnya FSSK akan melawan pasukan dari Pendaftar. Untuk peringkat ini adalah kejayaan yg agak baik dari tahun sebelum ini dimana sebelum ini pasukan FSSK jarang atau leaps pada peringkat kumpulan.

Perlawanan dengan pendaftar pasukan FSSK kalah dengan mata 3-0. Beberapa pemain utama mengalami kecederaan dan rompakan pasukan terpaksa dilakukan.