Program FSSHeart Ramadan Bersama Komuniti Tanjung Kupang

FSSHeart Ramadan @ Komuniti Tanjung Kupang: Menghulur Kasih di Bulan Mulia
Setiap kali Ramadan menjelma, ia membawa bersama keberkatan, kasih sayang, dan semangat untuk membantu sesama manusia. Tahun 2025 ini, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) dengan kerjasama myKP Pendekar Laut telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program FSSHeart Ramadan @ Komuniti Tanjung Kupang, sebuah program kemasyarakatan yang bertujuan menyantuni komuniti setempat dengan penuh keikhlasan.
Bertempat di Pengkalan Sg Che Manan pada 18 Mac 2025 (Selasa), program ini berlangsung dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Sejak awal pagi, suasana di lokasi dipenuhi dengan semangat gotong-royong para peserta yang bersedia untuk memberikan khidmat mereka kepada masyarakat.
Memberi dan Berkongsi
Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada staf FSSH menyumbang dari segi tenaga dan kewangan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di kawasan tersebut. Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program ini termasuk:
- Memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diagihkan kepada komuniti.
- Pengagihan pakaian raya terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada mereka yang memerlukan.
- Pemberian Kit Ramadan yang mengandungi barangan keperluan asas kepada golongan asnaf.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua disamping dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan peserta program dan pihak komuniti.
Koleksi Gambar DISINI