Program Hipstar Kizuna Johor-Japan

Hipstar Kizuna

Hipstar Kizuna merupakan salah satu program di bawah Unit Pembangunan Bakat Murid Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang(PPDPG) dengan Kerjasama Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran PPDPG dan SJK (Tamil) Ladang Mount Austin. Program ini dikenali sebagai Program Hipstar-KIzuna Highly Immersive Program(HIP) 2024. Program berlangsung pada 3 Disember 2024 dan Toppen Mall,Johor Bahru(Rooftop-Aras 3).

 

Tujuan program ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid melalui jalinan yang erat dengan rakan strategik dan komuniti dalam suasana pembelajaran yang imersif disamping membina jalinan kebudayaan antara Malaysia dan Jepun di mana pada tahun ini PPD Pasir Gudang berbesar hati berkolaborasi dengan Sekolah Antarabangsa Jepun.

MyLinE

MyLinE dari Akademi Bahasa UTM menjadi salah satu rakan strategik program ini telah dijemput untuk memeriahkan lagi program ini. Untuk program kali ini MyLinE ditempatkan di stesen 2 untuk para pelajar melakukan aktiviti kuiz secara online. Ada 6 kuiz yang perlu dilakukan oleh para pelajar untuk melengkapkan program ini dimana mereka diberi masa sekitar 15 minit untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Staf MyLinE dan Pelajar UTM yang terlibat sebagai Fasilitator

Pelbagai aktiviti telah dijayakan untuk memeriahkan program Hipstar-Kizuna. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah para pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan dimana setiap kumpulan ada 10 orang pelajar dari pelbagai sekolah sekitar negeri Johor.

Pelajar-pelajar tersebut perlu menyiapkan tugasan di 10 stesen yang yang telah ditetapkan dimana semua stesen merupakan rakan strategik progrm Hipstar Kizuna.

Program berakhir sekitar jam 3 petang. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Noor Rahilme bin Mohamed Noor, Senior Principal Assistant, Director of Languages of the Learning Sector, Johor State Education Department.Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh pelajar yang terlibat.

Koleksi gambar penuh boleh klik DISINI