Program Korban Dan Berkat FSSH 2025

Tahun ini sekali lagi Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan telah menganjurkan Program Korban & Berkat FSSH 2025. Tahun lepas juga telah diadakan Program Korban & Berkat  yang sama tetapi di lokasi yang berbeza. Tahun ini program dilaksanakan di Dataran Akademi Tamadun Islam UTM.

Proses kerja program ini dibincangkan 4 minggu sebelum program dijalankan. Semua AJK yang terlibat ditubuhkan dan berbincang untuk melaksanakan program ini. Pelbagai idea dan pandangan diambil kira untuk memudahkan proses kerja program ini. Perbincangan telah memuktamadkan sebanyak 2 ekor lembu bakal dijadikan korban untuk program kali ini. Proses kerja program bermula dengan mencari 14 penama senarai korban dan kerja kerja lain.

Gotorng royong bermula

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dimana menunggu 2 ekor lembu sampai ke Dataran Akademi Tamadun Islam. Sekitar jam 8.30 pagi, suasana mula meriah. aktiviti ibadah korban dilaksanakan dengan penuh tertib dan semangat. Para pelajar dan staf berganding bahu dalam gotong-royong, ada yang memotong, ada yang membungkus, ada yang mengacau lauk, semuanya dilakukan dengan senyuman dan rasa tanggungjawab bersama.

Agihan daging  korban juga turut diberikan kepada semua asnaf dan mereka yang layak menerima daging korban. Suasana gotong royong berjalan dengan lancar dan masing masing melakukan tugasan dengan baik dan harmoni.

Sebahagian daging korban juga dimasak dan dijadikan jamuan kepada lebih 600 pelajar dan staf UTM yang hadir.

Sesi Jamuan

Sekitar jam 2 petang program bermula dengan kehadiran Naib Canselor UTM Prof. Dr. Mohd Shafry Bin Mohd Rahim diringi dengan Dekan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Prof. Dr. Arieff Salleh Bin Rosman, Pendaftar UTM Dato’ Dr. Mohd Sharil Bin Abdullah, Timbalan Pendaftar FSSH En. Jaffrey Bin Samsul Bahrin dan para staf dan pelajar.

Sebelum jamuan bermula sedikit ucapan dari Dekan FSSH dan Naib Canselor. 2.30 petang jamuan makan bermula. Semua para pelajar dan staf menikmati jamuan yang telah disediakan. Pelbagai lauk pauk yang dimasak berasaskan daging dan juga ayam.

Pembersihan kawasan ibadah

Pada jam 4.30 petang, semua berganding bahu lagi untuk memastikan kawasan kembali bersih. Tiada pinggan tertinggal, tiada sampah berselerak dan semuanya dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program Korban kali ini. Walaupun keletihan tetapi ada rasa tanggungjawab untuk memastikan program berjalan dengan lancar.

“Pengorbanan bukan hanya pada harta dan darah, tetapi pada ikhlasnya hati memberi demi kebaikan bersama.”