Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR)

Pada 11 Oktober 2023 kumpulan satu yang dikenali sebagai kumpulan Innovate’o dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan(FSSH) UTM telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR). Program kali ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit , Kulai, Johor. Program ini telah diketuai oleh encik Zahar sebagai ketua kumpulan bersama dengan 17 ahli kumpulan yang lain.

 

 

 

Susur galur penubuhan Kumpulan USR Innovate’o

Penubuhan kumpulan satu Innovate’o bermula sekitar bulan Mei 2023. Ia ditubuhkan ketika berlangsungnya Bengkel Pemantapan staf PPP UTM melibatkan staf fakulti FSSH. Idea penubuhan kumpulan USR datang dari Timbalan Pendaftar FSSH waktu itu En. Khairull Azmi Bin Ishak dan ditubuhkan 5 kumpulan USR dimana setiap kumpulan ada seramai 15-20 orang ahli.

Persediaan & Perbincangan Program USR

Kumpulan Innovate’o telah membuat persediaan hampir sebulan sebelum proses program dapat dilaksanakan. Perbincangan banyak menyentuh penubuhan organisasi penyelaras, lokasi pilihan USR, tajuk pilihan untuk program USR & bagaimana pelaksanaan program bakal dijalankan.

Innovate’o akan membuat program sesi teori dan praktikal berkaitan gliders dan photografi dimana kami telah melantik en Affendi dan en Safaei sebagai penceramah untuk tajuk Gliders dan Photography dan dibantu rakan fasilitator yang lain.

Program bermula seawal Jam 8.00 pagi

Kumpulan Innovate’o telah sampai ke SMK Kelapa Sawit sekitar jam 7.30 pagi. Kami disambut oleh Pengetua Sekolah dan beberapa orang cikgu yang terlibat dengan program kali ini. Kami membahagikan kepada 2 kumpulan untuk fasilatator dan 2 kumpulan pelajar. Pelajar yang terlibat seramai 62 orang dari kalangan pelajar tingkatan 1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan akan diajar berkaitan gliders dan satu kumpulan lagi berkaitan photografi.

Sesi awal adalah sesi penerangan berkaitan program yang bakal dilaksanakan kepada pelajar. Pelajar akan diberikan taklimat aktiviti yang bakal mereka laksanakan sepanjang tempoh program ini berjalan.

Aktiviti Photograpi

Untuk kumpulan pelajar yang terlibat dengan sesi aktiviti photografi mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan dimana setiap kumpulan ada 3 orang pelajar. Tugasan yang diberikan kepada setiap kumpulan hendaklah menangkap gambar mengikut elemen elemen yang telah dipelajari semasa sesi penerangan sebelum praktikal dimulakan. Pelajar diberikan masa 15 minit untuk melakukan aktiviti di persekitaran sekolah dengan tema SEKOLAH KAMI.

Para pelajar sangat teruja dengan aktiviti yang diberikan dimana hampir ke semua pelajar tidak biasa menggunakan kamera DSLR. Sebelum aktiviti dilakukan penerangan cara penggunaan kamera DSLR telah diberikan taklimat. Setiap kumpulan akan membentang hasil gambar yang telah diambil. Walaupun malu-malu untuk sesi pembentangan tetapi kelihatan para pelajar sangat seronok melakukan aktifi fotografi.

Aktiviti Gliders

Untuk aktiviti bagi kumpulan gliders para pelajar lebih diterapkan untuk membina kapal terbang. Segala peralatan untuk pelajar telah disediakan dan para fasilitator bersedia membantu semua kumpulan untuk membina kapal terbang yang paling kreatif.

Para pelajar juga sangat teruja seperti kumpulan fotografi dimana pelajar berusaha membina kapal terbang yang paling krratif dan menarik. Selepas siap membina kapal terbang semua kumpulan pelajar dibawa ke padang sekolah untuk dinilai kemampuan dan kebolehan kapal mereka untuk terbang.

 

Majlis Penutup

Sekitar jam 12.15 tegahari aktiviti gliders dan fotografi tamat. Semua pelajar dibawa ke dewan untuk majlis penutup. Majlis penutup dihadiri sendiri oleh Pengetua SMK Kelapa Sawit Puan Hajah Lily Bu bin Abdullah dan juga dihadiri oleh Timbalan Pendaftar FSSH En. Azri bin Hodad dan juga Timbalan Pendaftar TNCP UTM En. Khairull Azmi bin Ishak.

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan pelajar yang telah memenangi hadiah berupa hamper. Para pelajar sangat gembira dengan aktiviti USR kali ini.