STEMARVEL SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
Pada 26 Julai yang lalu Pejabat MyLinE yang diketuai Dr Hema Rosheny Mustafa bersama 3 lagi PTJ dari UTM bekerjasama dengan pihak SMK Dato Abdul Rahman Yassin(SDARY) mengadakan program STEMARVEL.
Program kali ini diadakan melibatkan lebih kurang 100 orang pelajar tingkatan 2 sehingga tingkatan 4. Program kali ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi da Balai Bestari SDARY.
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang STEMARVEL berlangsung adalah:-
- Pengenalan kepada STEM dan Kelab Remaja Udara Malaysia
- Demonstrasi Drone FPV
Semua pelajar yang terlibat dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana satu kumpulan seramai 4-5 peserta. Pelajar-pelajar tersebut diberikan aktiviti yang dinamakan STEM Explorace dimana semua kumpulan pelajar diwajibkan menghabiskan semua aktiviti di Booth yang terlibat.
Ada 4 Booth yang terlibat kali ini:-
- Booth 1:MyLinE(English)
- Booth 2: ARSMB(Sains & Teknologi)
- Booth 3:Fun Coding(Asas Sains Komputer & Maths
- Booth 4:Sudoku (Maths)
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dimana tujuan STEMARVEL sendiri adalah memberi keutamaan kepada pihak sekolah dan universiti ke arah memartabat serta memperkukuhkan bidang STEM(Science,Technology,Engineering,Maths).
STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
0 Comments