Tazkirah Ramadan FSSH 2024

Bermula 10 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadan 1445H Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSH) mengambil langkah dengan menganjurkan program tazkirah. Program tazkirah akan dilakukan setiap hari selama sebulan sepanjang bulan ramadan ini.

Program tazkirah tahun ini dinamakan TAZKIRAH RAMADAN FSSH 2024. Program ini ada program yang melibatkan para pensyarah dari Akademi Tamadun Islam UTM. Pensyarah yang terpilih akan menyampaikan tazkirah selama 15-30 minit dan akan disiarkan secara langsung di facebook live FSSH.

Program tazkirah tahun ini juga ada sedikit kelainan dari tahun sebelum ini. Kali ini FSSH akan membawakan beberapa panel bukan dari bidang agama untuk bersama-sama menjayakan program. Panel yang dijemput merupakan pakar dalam bidang agama dan sains.

Pogram tazkirah ini disiarkan pada jam 11.00 pagi setiap hari sepanjang tempoh ramadan. Penceramah dikalangan asatizah yang berpengalaman dan berilmu dalam bidang masing-masing. Boleh saksikan di facebook live Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan FACEBOOK LIVE.

Semoga Program ini memberi manfaat kepada semua yang mendengar. 

Lampiran senarai asatizah yang terlibat dengan program tazkirah ramadan bermula 1-29 ramadan 1445H.