Edutech Asia 2023

Edutech Asia 2023 tahun ini telah diadakan di Sands Expo,Singapura. Ia merupakan Ekspo dan Pameran Pendidikan terbesar di Asia yang melibatkan lebih 8000+ attendees(Pengunjung),400+ speakers(penceramah), 200+ exhibitors(peserta pameran), 50 Statups company(Syarikat Pemula) dan 6 stages(pentas). Edutech Asia 2023 kali ini diadakan di Sands Expo, Singapura bermula 8-9 November 2023. Ekspo kali ini bertemakan Inspiration In Education.

 

Perjalanan ke Edutech Asia 2023

Pejabat MyLinE FSSH UTM telah mengambil inisiatif untuk hadir ke ekspo Edutech Asia 2023. Ini adalah kali pertama Pejabat MyLinE prgi ke Edutech Asia. Seramai 7 orang staf Pejabat MyLinE telah hadir ke ekspo berkenaan. Perjalanan dari UTM bermula seawal jam 7.45 pagi dan telah tiba di Sands Expo, Singapore sekitar jam 10.45 pagi. Perjalanan agak sibuk diawal pagi dan proses di Kastam agak yang lama. Hampir 3 jam baru sampai ke destinasi.

 

Pendaftaran masuk ke Edutech Asia 2023

Sebelum memasuki ruang ekspo dan pameran Edutech semua pelawat perlu mendaftar  melalui web atau apps Edutech sebelum memasuki dewan ekspo. Pihak urusetia akan meminta semua pelawat memberikan qr code untuk mengesahkan proses kehadiran dan diberikan kad kebenaran sebagai pelawat untuk hadir masuk ke dalam dewan ekspo.

Moodle Platform

Antara tujuan utama hadir ke Edutech adalah untuk mengetahui tentang teknologi terbaru yang digunapakai dalam sistem pendidikan. lebih 200 startup company(Syarikat Pemula) mengetengahkan teknologi terkini dalam pendidikan.

Edutech Asia kali ini juga melibatkan moodle sebuah syarikat yang berpangkalan di Australia turut hadir sebagai exhibitors (peserta pameran). Moodle adalah sebuah platform Learning Management System(LMS) yang digunakan pakai oleh Pejabat MyLinE. untuk maklumat lanjut tentang MyLinE boleh ke web MyLinE Klik Sini.

Pelbagai penerangan yang diberikan oleh Pengurus Akaun Moodle dari Filipina Hersiel M. Laggui.

Banyak lagi syarikat dari dalam dan luar negara yang terlibat dengan pelbagai teknologi pendidikan. Teknologi seperti AI(artificial intelligence) antara yang menarik minat ramai pengunjung yang hadir.

Sebelum Pulang ke Malaysia kami sempat menikmati keindahan beberapa kawasan sekitar ekspo. Ini adalah pengalaman pertama saya hadir ke negara Singapura.