Selamat Hari Pekerja 2024

1 Mei sinonim dengan Hari Pekerja Di Malaysia. Setiap tahun Malaysia menyambut Hari Pekerja sebagai tanda menghargai semua golongan pekerja dari peringkat bawah sehingga peringkat tertinggi. Ia disambut dari semua sektor samada swasta,kerajaan dan juga yang bekerja sendiri.

 

 

Tema Hari Pekerja tahun 2024 adalah Pekerja Kesuma Bangsa. Mereka adalah tonggak kukuh dalam membina negara ini dengan setiap langkah dan keringat yang mereka tumpahkan. Daripada petani yang mengolah tanah kepada guru yang menerangi masa depan generasi akan datang dan setiap pekerja mempunyai peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan negara Malaysia tercinta.

Setiap hari mereka adalah tulang belakang kemajuan negara ini dengan semangat yang membara, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan dihormati tanpa henti dalam membina masa depan yang gemilang.

Semoga sambutan hari pekerja ini menjadi sumber inspirasi kepada semua para pekerja diluar sana untuk bekerja dengan lebih baik dan beramanah dalam melakukan pekerjaan yang diberikan.

Selamat Hari Pekerja. Pekerja Kesuma Bangsa