Tabung Amanah Kebajikan Pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM telah menyediakan Tabung Amanah Kebajikan Pelajar untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan semasa dalam tempoh pengajian di UTM dan bantuan ini terbuka kepada pelajar Pra Siswazah dan Pasca Siswazah.

Antara jenis sumbangan yang akan disalurkan kepada pelajar adalah seperti berikut:-
1. Pendaftaran Pengajian Yuran Pelajar Baharu / Kanan
2. Masalah Kewangan Harian (Saraan Harian)
3. Skim Pinjaman (Jangka Pendek/Panjang/Sementara)
4. Sumbangan Bencana/Musibah/Sakit Kronik
5. Kematian Ahli Keluarga(Ayah/Ibu) dan Pelajar

Untuk dapatkan lebih detail cara memohon boleh la pergi ke web Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atau hadir ke Pejabat Fakulti. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban kewangan kepada pelajar yang terlibat.