UTM Badminton Series (UBS)

Badminton Series melibatkan Staf UTM kini kembali. Pertandingan UBS ini hanya untuk staf UTM sahaja. Sepanjang tahun 2023 sudah 3 kali UBS telah dipertandingkan dimana ia dikendalikan oleh Pengurus Badminton UTM.

 

Pertandingan UBS kali ketiga pada 24 Oktober 2023 melibatkan 21 pasangan untuk bergu lelaki dan 11 pasangan untuk bergu wanita. Format pertandingan kali ini berbeza dari UBS sebelum ini dimana untuk bergu wanita dibahagikan kepada  3 kumpulan. Setiap juara dan naib juara kumpulan akan layak ke suku akhir dan 2 tempat terbaik tempat ketiga juga akan layak ke suku akhir.

Bagi Bergu lelaki akan dipecahkan kepada 7 kumpulan dimana setiap kumpulan akan ada 3 bergu. Juara dan naib juara akan layak ke peringkat 16 terbaik dan 2 bergu tempat ketiga terbaik dari 7 kumpulan juga akan layak ke peringkat 16. Kiraan mata untuk pertandingan kali ini adalah 15 point(mata) untuk setiap set dan jika ada rubber set kiraan adalah 11 point.

Penyertaan Pemain

Penyertaan pertandingan UBS hanya dibuka untuk staf UTM sahaja dan unyuk kali ini pihak penganjur menjemput bekas pesara UTM sebagai pemain jemputan untuk memeriahkan lagi pertandingan ini.

Pertandingan kali ini akan diadakan di Sport Hall 1 UTM Skudai bermula jam 8 malam. Semoga dengan adanya pertandingan ini dapat meningkatkan ukhuwah dikalangan staf UTM samada yang baru dan juga yang lama.

 

“Majulah Sukan Badminton Untuk Warga UTM”