DUGAAN TAHUN 2020

Tarikh 18.3.2020 adalah satu tarikh yang akan dikenang sepanjang zaman dan pastinya tercatit didalam sejarah negara Malaysia.  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyuddin bin Md Yassin dan sebagai rakyat kita semestinya kena akur demi menjaga dan mengawal jangkitan COVID-19.

Bermulalah sebuah kisah duduk di dalam rumah dan tidak ke pejabat untuk berkerja seperti biasa.  Seorang dari ahli didalam rumah dibenarkan untuk keluar bagi membeli barangan keperluan dengan jarak dan peraturan mengenakan pelitup muka.  Kami berlima dirumah sepakat untuk kapten rumah tangga iaitu suami saya En Mohsin untuk keluar dan mendapatkan barangan keperluan harian kami.

Sebagai seorang suami dan abah yang bertanggung jawab, beliau seakan seronok mendapatkan keperluan harian kami termasuklah membeli setiap bahan untuk menu tertentu yang ingin disediakan oleh kedua anak dara kami Farah dan Ica.

Hari berganti minggu, jumlah yang menjadi mangsa virus baru ini meningkat dan kami dapat melihat betapa berat peranan front liners bertungkus lumus menerima dan merawat kes2 baru di televisyen.

 

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on DUGAAN TAHUN 2020

Bismillahirrahmanirrahim…Pembuka Bicara 2020

Setelah sekian lama ingin mempunyai blog sendiri, menulis tentang apa yang mungkin boleh dikongsi.  Akhirnya,  hari ini Isnin 6 Januari 2020 bersamaan 10 Jamadilawwal 1441 Hijrah, umi gagahkan diri setelah melihat rakan-rakan sekerja ada yang telah memulakan langkah setahun yang lepas, ada yang macam umi masih terkial-kial.

Alhamdulillah… dipermudahkan,  dari mula mendaftar mencari nama yang paling ideal (konon!), membina  password, mencari theme yang paling kena dengan jiwa (itu pun sementara) akan tukar dari masa kesemasa…

Apalah yang ingin dikongsi, berkhidmat di UTM bermula dari 2 September 1996 sehingga sekarang.  Satu perjalanan yang penuh cerita suka dan duka, tangis dan tawa bergantian menjadi satu pengalaman yang cukup panjang tetapi,  Alhamdulillah itulah kehidupan  mencari pendapatan untuk menyempurnakan kehidupan.  Menjaga dan melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang diberikan.  Amanah yang perlu dilakukan dengan seikhlas yang mungkin  sebagai tanggungjawab kepada Dia Penguasa Alam Semesta.

Rasanya, cukup dulu catatan umi sebagai pembuka bicara.  Ada ilham dan topik yang boleh dikongsi, umi akan cuba menulis lagi…bertatih dulu kata orang-orang lama.  Maklumlah dah berusia ni lambat nak tangkap tak macam budak-budak sekarang.  Tetapi, umi tidak perlu mengalah sebelum mencuba.  Kepada rakan-rakan yang sama seiring jalan, baru belajar nak mengomel dan bercerita tu.…. Anda boleh jer…teruskan!

Terima kasih kepada yang singgah dan sudi membaca.

Alhamdulillah dan terima kasih Mak…….

 

 

Posted in Uncategorized | 1 Comment