Tarikh 18.3.2020 adalah satu tarikh yang akan dikenang sepanjang zaman dan pastinya tercatit didalam sejarah negara Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyuddin bin Md Yassin dan sebagai rakyat kita semestinya kena akur demi menjaga dan mengawal jangkitan COVID-19.
Bermulalah sebuah kisah duduk di dalam rumah dan tidak ke pejabat untuk berkerja seperti biasa. Seorang dari ahli didalam rumah dibenarkan untuk keluar bagi membeli barangan keperluan dengan jarak dan peraturan mengenakan pelitup muka. Kami berlima dirumah sepakat untuk kapten rumah tangga iaitu suami saya En Mohsin untuk keluar dan mendapatkan barangan keperluan harian kami.
Sebagai seorang suami dan abah yang bertanggung jawab, beliau seakan seronok mendapatkan keperluan harian kami termasuklah membeli setiap bahan untuk menu tertentu yang ingin disediakan oleh kedua anak dara kami Farah dan Ica.
Hari berganti minggu, jumlah yang menjadi mangsa virus baru ini meningkat dan kami dapat melihat betapa berat peranan front liners bertungkus lumus menerima dan merawat kes2 baru di televisyen.