Gotong Royong Perdana SC 2018

Gotong Royong Perdana Sekolah Komputeran telah diadakan sebanyak 2 kali pada tahun 2018.

1. Tarikh : 16 Mei 2019

Masa : 8.30 pagi hingga selesai

2. Tarikh : 30 Ogos 2018 (Sempena menyambut pelajar baru dan bermulanya semester 1 2018/2019)

Masa : 9.00 pagi hingga selesai

Staf di bahagikan mengikut kumpulan untuk membersihkan kawasan sekitar Sekolah Komputeran termasuk bilik-bilik kuliah, dewan seminar, surau, ruang interaksi pelajar, longkang-longkang dan sebagainya.

Ekoran dari faktor ekonomi yang melanda, pengurangan pekerja pembersihan di UTM telah dilaksanakan. Skop kerja pekerja pembersihan di Sekolah Komputeran hanya di kawasan koridor dan tandas sahaja.  Bagi makmal, bilik kuliah, serta ruang gunasama, ia menjadi tanggungjawab staf dan pelajar untuk menjaga kebersihan bersama-sama.

 

“Kebersihan Tanggungjawab Bersama”

 

Pic gotong royong