Info Pemakanan

Apa Maksud Diet Suku Suku Separuh? 

Apa Maksud Diet Suku Suku Separuh?
Konsep “Suku-Suku Separuh” adalah sungguh senang difahami, yakni suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti; suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur. Dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan Rakyat Malaysia.  

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia, Ogos 2017