Apa itu COMBI ?

APA ITU COMBI?

COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact. Program yang di asaskan oleh World Health Organization (WHO) dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi  untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.

COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkahlaku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi social dan komunikasi yang boleh diubahsuai mengikut objektif-objektif tingkahlaku yang telah dipilih.

Bagi melaksanakan program COMBI, lima (5) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu :

  • Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi (Administrative Mobilization/Public Relation/Advocacy)
  • Kerahan Masyarakat (Community Mobilization)
  • Pengiklanan (Advertising)
  • Penyampaian Peribadi/ Komunikasi Interpersonal (Personal Selling/Interpersonal Communication)
  • Promosi di Pusat Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)

OBJEKTIF

Matlamat COMBI ialah untuk :

  • Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.
  • Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.
  • Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma social dalam komuniti.

KUMPULAN SASAR

Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:

Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak samaada;

  • Wabak berulang,
  • Wabak tidak terkawal
  • Lokaliti wabak
  • Lokaliti yang pernah berlaku kejadian kes
  • Lokaliti yang mempunyai Indeks Entomologi tinggi
  • Lokaliti yang sukarela untuk menubuhkan projek COMBI

Konsep Amalan 5S

KONSEP AMALAN 5S

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai „Kaizen‟ dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana :

  1. Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif
  2. Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata
  3. Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan
  4. Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik
  5. Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat
  6. Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang
  7. Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi

PRINSIP AMALAN 5S

Sisih (Seiri) : Menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja

Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang ditetapkan. Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan.

Susun (Seiton) : Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak perlu diasingkan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama menyusun ialah :

  • Menjimatkan penggunaan ruang
  • Penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur
  • Memudahkan proses mengesan dan mendapatkan barangan pada masa akan datang.

Sapu (Seiso) : Mencuci atau membersih tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja.

Persekitaran yang bersih diperlukan oleh semua peringkat pekerja untuk merasa selesa dan ceria apabila bekerja. Selain meningkatkan kecekapan kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Menjadi keperluan tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan.

Seragam (Seiketsu) : Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa.

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh setiap pekerja akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan diperlukan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard Operation Procedure (SOP), Work Instruction (WI), Guidebook, Carta Alir (Process Flow), gambar atau contoh fizikal dan Sistem Visual yang jelas.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke) : Melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi

Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala.

Pembantu Pengawas Peperiksaan Akhir Sem 1 2018/2019

Peperiksaan akhir Semester 1 2018/2019 bermula pada 23 December 2018 hingga 3 Januari 2019.

Surat Ketua Pengawas UGSem1 1819 (1)

UG Jadual Peperiksaan Akhir Sem 1 2018 2019

Peperiksaan sedang dijalankan di BK 1, N28

Jalan – Jalan Cari Makan bersama Cik Asna~~ hihihi

Sila Pilih Negeri 

COMBI 23 Jan 2019

Tarikh : 23 Januari 2019

Masa : 8.30 – 9.00 pagi

Lokasi : Persekitaran N28 dan N28a

 

 

 

 

 

COMBI – 16 Jan 2019

Tarikh : 16 Januari 2019

Masa : 8.30 pagi – 9.15 pagi

Lokasi : Persekitaran Bangunan N28a dan N28

 

 

Communication for Behaviourial Impact (COMBI)

COMBI – 2 Jan 2019

15 MINIT SEMINGGU CARI DAN HAPUSKAN PEMBIAKAN AEDES SC

Aktiviti COMBI pertama bagi tahun 2019.

Tarikh : 2 Januari 2019
Waktu : 8.30 pagi
Lokasi : Kawasan persekitaran Jabatan CS Level 3. N28.

Peralatan untuk aktiviti COMBI. Penyepit sampah – memudahkan utk menyepit sampah yg kotor dan sukar di capai

 

Shieldtox Mosquito Spray – Disemburkan pada kawasan pembiakan nyamuk dan juga di sekeliling badan ketika melakukan rondaan.

 

Longgokan sampah

 

Plastik minuman yang di buang di dalam longkang

 

Plastik minuman menyekat laluan air di dalam longkang

 

Bekas minuman yang di buang merata-rata

 

Plastik menjadi punca longkang tersumbat

 

Mengutip sampah di dalam longkang dan memastikan tiada longkang yang tersumbat

Plastik coklat di buang merata-rata

 

Air yg bertakung di dalam plastik minuman menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes

 

Kotak rokok yang terdapat air bertakung di dalamnya dan menjadi punca nyamuk Aedes membiak.

 

Botol minuman yang di buang bersepah-sepah.

Singapore – Sentosa Island

Jalan-jalan bersama anak sedara yg tgh cuti sem.  Xtau nak bwk pi mana so kita menyeberang tambak jerla..hihiihihi.. Kita pi Sentosa Island. Siloso Beach, Palawan Beach, Madame Tussauds Singapore dan sebagainya.

 

Universal Studio Singapore

 

Amek pic kat sini dulu, next time kita masuk yer

 

Ahmad Qaleef ajak masuk USS tp makcik dia da pg 9x..hihihi. Dorang pon dah 3x masuk.

 

Palawan Beach

 

Palawan Beach

 

bb

 

bb

 

Atas tu menara tinjau. Cantik permandangan dari atas.

 

Melepak

 

Melepak

 

The Southernmost Point of Continental Asia

 

rhdr

 

rhdr

 

rhdr

 

KidZania Singapore

 

dav

 

nfd

 

nfd

 

nfd

 

rpt

 

cof

 

cof

 

rpt

 

cof

 

cof

 

rpt

 

dav

 

dav

 

cof

 

dav

 

dav

Krabi

Dari Hatyai ke Krabi naik van roller-coaster. Keadaan jalanraya yg bengkang bengkok beserta corak pemanduan driver van tu membuatkan aku menggelarnya van roller-coaster.  Hihihi..Terhuyung hayang hokey. Mmg wajib pakai seat beat, klo x tetiba bleh ddk atas riba org sebelah. Huahuahua. Kekuatan kaki diperlukan utk memastikan sentiasa berada di seat sendiri. Bleh bygkan tak camner keadaannya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5jam. Aku tak faham sistem van ni. Bleh plk anto passenger lain kt celah kg mana tah. Nnt seat kosong tu ada org lain naik. Bukan direct ke Krabi. Bosan gila x sampai2. Bila da smpai kejang kaki n sakit pinggang. Kami singgah kedai dan terus beli package2 sepanjang berada di Krabi. Half Day Kayaking Thalane, Emerald and Blue Pool, Hot Stream Waterfall, 7 Islands Sunset Tour (Discover the wonders of Krabi). Byk lg nak beli tp masa mencemburui diriku utk berada lama di Krabi. Hilang skit sakit kaki bila tgk package2 yg menarik. Phewww~~

Half Day Kayaking Thalane

Starting point. X sabo nak mendayung.

 

Mendayung di lautan

 

Meredah Paya Bakau

[Read more…]